Tuesday, December 25, 2012

Resepi Nasi Minyak Cara Mudah dan Sedap

Resepi Nasi Minyak Cara Mudah dan Sedap
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Terima kasih mengunjungi blog nazrinmdnoor.blogspot.com Semoga kunjungan anda ke sini memberi seribu manfaat yang tersirat mahupun tersurat. Resepi yang cik tom nak kongsikan kali ini ialah resepi nasi minyak yang mudah je cara untuk disediakan dan insyaAllah sedap dimakan bersama lauk pauk kegemaran iaitu ayam masak merah. Oh ye resepi masakan nasi minyak simple ini hanya anggaran untuk hidangan 4 orang makan. So, kalau untuk lebih dari kuantiti tue korang boleh ubahsuai kuantiti/ ikut citarasa daripada resepi nasi minyak ini ya.
Resepi Nasi Minyak Cara Mudah dan Sedap

Bahan- bahan Resepi Nasi Minyak Cara Mudah dan Sedap (anggaran 4 orang):
Bahan A
3 cawan beras- dibasuh dan ditoskan
3 ½ cawan air
1 sudu besar kismis
2 sudu besar susu pekat
3 sudu besar planta
2 helai daun pandan (disimpul)
Garam secukup rasa
1 sudu kecil pewarna kuning limau
Bahan b (bahan tumisan)
3 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (diketuk kasar)
1 inci halia (di ketuk kasar)
1 batang kecil kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Cara-cara Masakan Resepi Nasi Minyak Cara Mudah dan Sedap:-
1.        Panaskan planta dan tumiskan bahan tumisan sehingga wangi.

2.      Masukkan beras dan kacau sehingga rata


3.      Masukkan air, kismis dan garam. Gaul sekali lagi sehingga sebati.

4.     Kemudian, masukkan kesemuanya ke dalam periuk elektrik.


5.      Masukkan susu cair dan masak seperti nasi biasa.

6. Apabila sudah masak, hidangkan bersama acar timun dan ayam masak merah

*Tips tambahan:- masukkan 1 sudu sunquick untuk mendapatkan nasi yang cantik dan tidak berketul-ketul.
Nasi minyak ialah hidangan yang paling popular untuk kenduri kahwin atau musim perayaan kan? Tapi tak semestinya tunggu hari istimewa je baru nak masak. Mungkin boleh sediakan buat suami atau keluarga tersayang. Selamat mencuba Resepi Nasi Minyak kali ini ye.  


No comments:

Post a Comment