Tuesday, December 25, 2012

CERITA PERCINTAAN.

MENGISAHKAN SEORANG LELAKI YANG SENTIASA MENYANYANGI KEKASIHNYA HINGGA AKHIR HAYAT BELIAU.


        Kisah seorang lelaki yang sentiasa menyayangi kekasihnya selama 8 tahun, perkenalan meraka di mulakan dengan berkenalan semasa bersekolah di sebuah sekolah menengah, Lelaki itu sentiasa mencuri lihat dan selalu bergaduh dengan si perempuan yang di sukainya di sekolah kerana salah faham, Pada tingkatan 3 meraka bersama-sama dalam 1 kelas. Ini menguatkan lagi pergaulan mereka, mereka masing-masing dengan keegoan mereke, saling bergaduh dan mengejek antara 1 sama lain.

      Pada 1 hari mereka di  temukan di dalam 1 kelas dan mula bersembang bersama-sama, pada mulanya mereka rasa malu dan susah bercakap, dan mulalah mereka bertukar number talifon, habis waktu persekolah mereka saling menghantar meseg sesama mereka, dan mula meluahkan perasaan meraka satu sama lain, Selepas 2 minggu mengenali mereka cuba kuatkan ikatan mereka dengan menjadi pasangan tanpa pengatahuan kawan-kawan sekolah, mereka ingin kawan-kawan tidak mengatahui hubungan mereka di sekolah.
     
      Tetapi hubungan mereka menjadi tidak tentu kerana mereka saling cemburu antara satu sama lain, membuatkan mereka rasa tidak selesa dengan hubungan mereka, Dalam masa yang sama mereka berbincang macamana untuk tidak cemburu antara mereka, selepas berbincang meraka bersetuju menjadi rapat di dalam kelas, dan tanpa mengatahui kawan yang mereka bercinta, pada mulanya mereka hanya meminjam buku dan bertanya tentang kerja rumah, mereka menjadi rapat sehingga seorang kawan kepada lelaki itu bertanyakan kepada lelaki itu tentang keakrapan mereka, lelaki itu menafikan yang mereka adalah pasangan, Pada 1 hari seorang lelaki ingin berkenalan dengan kekasih si lelaki ini, mereka menjadi rapat, bergurau senda bersama, makan di kantin bersama, membuatkan kekasih si perempuan ini menjadi cemburu.

      Si lelaki ini hanya mendiamkan diri dengan rasa sakit sangat  hatinya, tanpa di sedari si kekasihnya dia hanya mendiamkan diri tanpa memberitahu yang beliau tidak senang dengan sikap si kekasihnya, si lelaki ini terus mendiamkan diri tanpa  menghubungi kekasihnya, sehingga satu hari junior kepada si lelaki ini memberi 1 surat yang mengatakan yang si junior ini menyukai si lelaki ini, mereka saling membalas surat, Pada mulanya mereka hanyer suka antara 1 sama lain, dan si  lelaki penah memberitahu yang dia sudah mempunyai kekasih, tetapi si junior nie tidak kisah dengan status tu, dia amat memaham si lelaki ini, sentiasa memberi nasihat, memberi sokongan dan sentiasa berada di sisi si lelaki walaupun dalam situasi bermasalah, Tanpa di sedari kami berjalan sama semasa balik sekolah dan di lihat oleh kawan-kawan si kekasih lelaki ini, dan kawan-kawan si kekasihnya menceritakan yang kekasih lelakinya berjalan bersama seorang wanita.

        Selepas di ceritakan oleh kawannya, Kekasih si lelaki terus menelifon si lelaki itu, tanpa salam dan bertanya khabar si kekasih lelaki ini terus menengking si lelaki tersebut, mengatakan yang si lelaki itu curang kepadanya tanpa mengatahui yang mereka hanya sekadar adik dan abang, si lelaki cuba menelifon si kekasihnya berulang kali tapi tidak di layan, sehingga si lelaki memberi pesanan ringkas kepadanya mengatakan yang mereka tidak mempunyai hubungan, Kesokan si kekasihnya mula seperti ingin membalas dendam terhadap lelaki itu, dia mula rapat dengan kesemua lelaki bergurau berlebihan, bertampar badan, si kekasih lelaki ini seperti ingin membuat si lelaki berasa cemburu,

      Memang terasa cemburu tu tidak lepas dari diri seorang lelaki melihat kekasihnya bersama lelaki lain begitu erat tidak seperti si kekasih melayannya. Si lelaki tahan dengan sikap kekasihnya, dan dia cuba menjauhkan diri dari juniornya. memang susah untuk dia menjauhkan dirinya dengan si junior yang banyak tahu pasal hubungan si lelaki dan kekasihnya, Si junior nilah tempat si lelaki ini mengadu nasib dan minta nasihat darinya, tanpa pengatahuan si kekasihnya. Sehinggalah 1 hari mereka menjadi 1 pasukan bola jaring sekolah, si junior ini menceritakan segala yang penah dia dan si kekasih lelakinya bersama, dan menceritakan mereka selalu bersama tetapi hanya untuk berkawan tidak lebih dari pasangan bercinta. Si perempuan tercengan yang selama ini dia salah faham terhadap pasangannya. Dia mula bingung dan cuba untuk meminta maaf.

      Si lelaki hanya memendam perasaan yang di lakukan oleh kekasihnya, dan dia rindukan si junior yang tidak merasa beban atas bimbingan dan sokongan dia terhadap si lelaki dan kekasihya, dia tidak lagi menghubungi si junior kerana ingin menjaga hati kekasihnya. Selepas habis waktu sekolah si lelaki rehat di rumah dan mendengar 1 pesanan ringkas berbunyi. Si lelaki melihat dari kekasihnya menghanta sms itu dengan mengatakan yang dia memohon maaf atas apa yang terjadi terhadap mereka. Si lelaki terus mendiamkan diri tanpa membalas sms si perempuan itu.

     Pada keesokan hari si perempuan nie cuba ingin bercakap dangan si lelaki ini. tetapi lelaki ini terus lari dari si perempuan itu kerana kesakitan hatinya. Tanpa di duga kawan lelaki kepada lelaki ini tahu tentang hubungan si lelaki dan kekasihnya, kerena si perempuan penah menceritakan kepadanya, dia cuba memujuk lelaki ini untuk berjumpa dengan si perempuan ini. akhirnya dia bersetuju untuk berjumpa dengan syarat lelaki ini ingin berjumpa dengan lelaki yang di lihat seperti kekasih kepada perempuan itu sekali, dan kawannya memberitahu si kekasih lelaki itu. selepas berjumpa si perempuan dan laki tersebut akhirnya mereka berbaik semula sehinggalah habis spm dan ramai rakan-rakan yang tahu mereka bercinta sejak form 3 lagi.

      Selepas spm mereka jarang berjumpa dan susah untuk mereka menghabiskan masa bersama, kalau boleh berjumpa pun pada hari minggu untuk ke pekan, lama ke lamaan mereka cuba untuk memberitahu keluarga masing-masing, tetapi mereka merasakan awal bagi mereka, sehinnga 1 hari si lelaki mendapat 1 surat tawaran sambung belajar si sebuah kolej swasta. si lelaki cuba memberitahu si kekasihnya yang dia ingin menyambung pelajarannya, si perempuan tanpa banyak perkataan dia bersetuju tetapi dengan bersyarat jangan curang kepada beliau. Selepas masuk ke kolej tersebut mereka jarang berbual dalam fon mahupun membalas sms kerana si lelaki sibuk dengan pelajarannya. akhirnya si perempuan berasa sesuatu tidak kena pada lelaki ini, dan mengenyesakki yang si lelaki mempunyai perempuan lain. dia cuba menelifon si lelaki tetapi tidak di angkat. akhirnya dia memutuskan hunbungan mereka sehingga si lelaki itu habis pengajian. memang salah si lelaki kerena bersikap diamkan diri kerana ingin memberi tumpuan kepada pelajarannya.

      Selepas habis belajar si lelaki menjadi penganggur, dia penah mencuba mencari kekasihnya, tetapi tidak dapat. pada 1 hari beliau di beritahu kawannya yang bekas kekasihnya sudah bercinta dengan lelaki lain. lelaki tersebut terus diam. dia tidak berputus asa dia terus mencari number baru bekas kekasihnya sehingga dapat. Bila dapat dia cuba menguji kekasihnya. dengan bertanya nama, tinggal di mana, sudah berpunya ker, bekas kekasihnya menjawap kenapa nak tahu? dan dia menayakan kamu siapa? si lelaki tu terus berkata sayalah kekasih lama awak. akhirnya mereka menjadi rapat seperti dulu. Sehingga dia bekerja di Kuala Lumpur.

     Apabila dia di kuala lumpur si lelaki terasa rindukan kekasihnya, dia sentiasa menghubungi kekasihnya pada waktu habis kerja malam. Sibuk bersembang si perpempuan mengajak si lelaki turut bekerja di kuala lumpur agar sentiasa berjumpa, si lelaki bersetuju dengan pandangan si perempuan tersebut, dan si lelaki itu membuat keputusan untuk menetap di kuala lumpur.

     Semasa di kuala lumpur mereka selalu berjumpa dan menghabiskan masa bersama, hubungan mereka menjadi rapat dan mereka bersetuju memberitahu hubungan mereka kepada keluarga masing-masing, dan keluarga mereka merestui perhubungan mereka. mereka bersama di kuala lumpur hampir 3 tahun sehingga 1 kejadian yang menimpa si lelaki tersebut yang tanpa di sedari si lelaki tersebut besubahat atas kejadian pergaduhan yang berlaku di kuala lumpur hingga menyebabkan si lelaki tersebut di masukkan ke dalam penjara.

      Apabila kejadian itu berlaku si wanita bersama keluarga si lelaki tidak putus-putus memberi nasihat dan dorongan kepada si lelaki, mereka tidak miss berjumpa si lelaki setiap minggu, selepasa hampir 3 bulan si lelaki tersebut di penjarakan si lelaki di jamin oleh keluarga beliau, Tidak ingin memberitahu di kekasihnya si lelaki inginkan kejutan terhadap si wanita tersebut atas sebab rindukan si kekasihnya, si lelaki memberitahu mak beliau agak datang ke rumah, selepas si kekasihnya bersetuju dia terus datang ke rumah bersama ayahnya, masuk sahaja di rumah si perpempuan ini terkejut kerana si lelaki ada di dalam rumah, si kekasihnya menagis tanpa kata, si lelaki bertanya kenapa menangis? si perempuan diam membisu tanpa kata-kata sehingga mereka balik.

      Tanpa di duga akhirnya si lelaki dapat tahu yang si kekasihnya sudah mempunyai hubungan dengan lelaki lain yang penah si lelaki ini tahu dahulu, dan si perempuan mengaku yang mereka mempunyai hubungan bersama lelaki tersebut, Perasaan lelaki yang keluar dari suku neraka di penjara itu hancur dapat mengatahui orang yang di sayangi berpaling tadah semasa dia dalam kesusahan, si lelaki terus menjadi diam seperti kebodohan kerana si perempuan yang disayangi, selama sebulan dia seperti kehingan akal dan fikiran, sehinggalah keluarga si lelaki menasihati dan menjaga si lelaki itu dengan baik, akhirnya si lelaki tersebut dapat menerima segala yang di laluinya selama ini.

    Kata akhir, walaupun si lelaki banyak membuat dia marah kerana dia sayang dan cinta, dia akan adakan segala keselesaan wanita itu walaupun dia tidak keselesaan hanya untuk kekasihnya, tetapi wanita akan hilang kalau si lelaki dalam keadaan yang bercelaru dan bermasalah. Tetapi tidak kepada lelaki kerean dia akan terima seadanya seorang wanita kerena ikhlas dan mencintai kaum hawa sepenuh hati mereke.....

No comments:

Post a Comment