Tuesday, December 25, 2012

CERITA PERCINTAAN.

MENGISAHKAN SEORANG LELAKI YANG SENTIASA MENYANYANGI KEKASIHNYA HINGGA AKHIR HAYAT BELIAU.


        Kisah seorang lelaki yang sentiasa menyayangi kekasihnya selama 8 tahun, perkenalan meraka di mulakan dengan berkenalan semasa bersekolah di sebuah sekolah menengah, Lelaki itu sentiasa mencuri lihat dan selalu bergaduh dengan si perempuan yang di sukainya di sekolah kerana salah faham, Pada tingkatan 3 meraka bersama-sama dalam 1 kelas. Ini menguatkan lagi pergaulan mereka, mereka masing-masing dengan keegoan mereke, saling bergaduh dan mengejek antara 1 sama lain.

      Pada 1 hari mereka di  temukan di dalam 1 kelas dan mula bersembang bersama-sama, pada mulanya mereka rasa malu dan susah bercakap, dan mulalah mereka bertukar number talifon, habis waktu persekolah mereka saling menghantar meseg sesama mereka, dan mula meluahkan perasaan meraka satu sama lain, Selepas 2 minggu mengenali mereka cuba kuatkan ikatan mereka dengan menjadi pasangan tanpa pengatahuan kawan-kawan sekolah, mereka ingin kawan-kawan tidak mengatahui hubungan mereka di sekolah.
     
      Tetapi hubungan mereka menjadi tidak tentu kerana mereka saling cemburu antara satu sama lain, membuatkan mereka rasa tidak selesa dengan hubungan mereka, Dalam masa yang sama mereka berbincang macamana untuk tidak cemburu antara mereka, selepas berbincang meraka bersetuju menjadi rapat di dalam kelas, dan tanpa mengatahui kawan yang mereka bercinta, pada mulanya mereka hanya meminjam buku dan bertanya tentang kerja rumah, mereka menjadi rapat sehingga seorang kawan kepada lelaki itu bertanyakan kepada lelaki itu tentang keakrapan mereka, lelaki itu menafikan yang mereka adalah pasangan, Pada 1 hari seorang lelaki ingin berkenalan dengan kekasih si lelaki ini, mereka menjadi rapat, bergurau senda bersama, makan di kantin bersama, membuatkan kekasih si perempuan ini menjadi cemburu.

      Si lelaki ini hanya mendiamkan diri dengan rasa sakit sangat  hatinya, tanpa di sedari si kekasihnya dia hanya mendiamkan diri tanpa memberitahu yang beliau tidak senang dengan sikap si kekasihnya, si lelaki ini terus mendiamkan diri tanpa  menghubungi kekasihnya, sehingga satu hari junior kepada si lelaki ini memberi 1 surat yang mengatakan yang si junior ini menyukai si lelaki ini, mereka saling membalas surat, Pada mulanya mereka hanyer suka antara 1 sama lain, dan si  lelaki penah memberitahu yang dia sudah mempunyai kekasih, tetapi si junior nie tidak kisah dengan status tu, dia amat memaham si lelaki ini, sentiasa memberi nasihat, memberi sokongan dan sentiasa berada di sisi si lelaki walaupun dalam situasi bermasalah, Tanpa di sedari kami berjalan sama semasa balik sekolah dan di lihat oleh kawan-kawan si kekasih lelaki ini, dan kawan-kawan si kekasihnya menceritakan yang kekasih lelakinya berjalan bersama seorang wanita.

        Selepas di ceritakan oleh kawannya, Kekasih si lelaki terus menelifon si lelaki itu, tanpa salam dan bertanya khabar si kekasih lelaki ini terus menengking si lelaki tersebut, mengatakan yang si lelaki itu curang kepadanya tanpa mengatahui yang mereka hanya sekadar adik dan abang, si lelaki cuba menelifon si kekasihnya berulang kali tapi tidak di layan, sehingga si lelaki memberi pesanan ringkas kepadanya mengatakan yang mereka tidak mempunyai hubungan, Kesokan si kekasihnya mula seperti ingin membalas dendam terhadap lelaki itu, dia mula rapat dengan kesemua lelaki bergurau berlebihan, bertampar badan, si kekasih lelaki ini seperti ingin membuat si lelaki berasa cemburu,

      Memang terasa cemburu tu tidak lepas dari diri seorang lelaki melihat kekasihnya bersama lelaki lain begitu erat tidak seperti si kekasih melayannya. Si lelaki tahan dengan sikap kekasihnya, dan dia cuba menjauhkan diri dari juniornya. memang susah untuk dia menjauhkan dirinya dengan si junior yang banyak tahu pasal hubungan si lelaki dan kekasihnya, Si junior nilah tempat si lelaki ini mengadu nasib dan minta nasihat darinya, tanpa pengatahuan si kekasihnya. Sehinggalah 1 hari mereka menjadi 1 pasukan bola jaring sekolah, si junior ini menceritakan segala yang penah dia dan si kekasih lelakinya bersama, dan menceritakan mereka selalu bersama tetapi hanya untuk berkawan tidak lebih dari pasangan bercinta. Si perempuan tercengan yang selama ini dia salah faham terhadap pasangannya. Dia mula bingung dan cuba untuk meminta maaf.

      Si lelaki hanya memendam perasaan yang di lakukan oleh kekasihnya, dan dia rindukan si junior yang tidak merasa beban atas bimbingan dan sokongan dia terhadap si lelaki dan kekasihya, dia tidak lagi menghubungi si junior kerana ingin menjaga hati kekasihnya. Selepas habis waktu sekolah si lelaki rehat di rumah dan mendengar 1 pesanan ringkas berbunyi. Si lelaki melihat dari kekasihnya menghanta sms itu dengan mengatakan yang dia memohon maaf atas apa yang terjadi terhadap mereka. Si lelaki terus mendiamkan diri tanpa membalas sms si perempuan itu.

     Pada keesokan hari si perempuan nie cuba ingin bercakap dangan si lelaki ini. tetapi lelaki ini terus lari dari si perempuan itu kerana kesakitan hatinya. Tanpa di duga kawan lelaki kepada lelaki ini tahu tentang hubungan si lelaki dan kekasihnya, kerena si perempuan penah menceritakan kepadanya, dia cuba memujuk lelaki ini untuk berjumpa dengan si perempuan ini. akhirnya dia bersetuju untuk berjumpa dengan syarat lelaki ini ingin berjumpa dengan lelaki yang di lihat seperti kekasih kepada perempuan itu sekali, dan kawannya memberitahu si kekasih lelaki itu. selepas berjumpa si perempuan dan laki tersebut akhirnya mereka berbaik semula sehinggalah habis spm dan ramai rakan-rakan yang tahu mereka bercinta sejak form 3 lagi.

      Selepas spm mereka jarang berjumpa dan susah untuk mereka menghabiskan masa bersama, kalau boleh berjumpa pun pada hari minggu untuk ke pekan, lama ke lamaan mereka cuba untuk memberitahu keluarga masing-masing, tetapi mereka merasakan awal bagi mereka, sehinnga 1 hari si lelaki mendapat 1 surat tawaran sambung belajar si sebuah kolej swasta. si lelaki cuba memberitahu si kekasihnya yang dia ingin menyambung pelajarannya, si perempuan tanpa banyak perkataan dia bersetuju tetapi dengan bersyarat jangan curang kepada beliau. Selepas masuk ke kolej tersebut mereka jarang berbual dalam fon mahupun membalas sms kerana si lelaki sibuk dengan pelajarannya. akhirnya si perempuan berasa sesuatu tidak kena pada lelaki ini, dan mengenyesakki yang si lelaki mempunyai perempuan lain. dia cuba menelifon si lelaki tetapi tidak di angkat. akhirnya dia memutuskan hunbungan mereka sehingga si lelaki itu habis pengajian. memang salah si lelaki kerena bersikap diamkan diri kerana ingin memberi tumpuan kepada pelajarannya.

      Selepas habis belajar si lelaki menjadi penganggur, dia penah mencuba mencari kekasihnya, tetapi tidak dapat. pada 1 hari beliau di beritahu kawannya yang bekas kekasihnya sudah bercinta dengan lelaki lain. lelaki tersebut terus diam. dia tidak berputus asa dia terus mencari number baru bekas kekasihnya sehingga dapat. Bila dapat dia cuba menguji kekasihnya. dengan bertanya nama, tinggal di mana, sudah berpunya ker, bekas kekasihnya menjawap kenapa nak tahu? dan dia menayakan kamu siapa? si lelaki tu terus berkata sayalah kekasih lama awak. akhirnya mereka menjadi rapat seperti dulu. Sehingga dia bekerja di Kuala Lumpur.

     Apabila dia di kuala lumpur si lelaki terasa rindukan kekasihnya, dia sentiasa menghubungi kekasihnya pada waktu habis kerja malam. Sibuk bersembang si perpempuan mengajak si lelaki turut bekerja di kuala lumpur agar sentiasa berjumpa, si lelaki bersetuju dengan pandangan si perempuan tersebut, dan si lelaki itu membuat keputusan untuk menetap di kuala lumpur.

     Semasa di kuala lumpur mereka selalu berjumpa dan menghabiskan masa bersama, hubungan mereka menjadi rapat dan mereka bersetuju memberitahu hubungan mereka kepada keluarga masing-masing, dan keluarga mereka merestui perhubungan mereka. mereka bersama di kuala lumpur hampir 3 tahun sehingga 1 kejadian yang menimpa si lelaki tersebut yang tanpa di sedari si lelaki tersebut besubahat atas kejadian pergaduhan yang berlaku di kuala lumpur hingga menyebabkan si lelaki tersebut di masukkan ke dalam penjara.

      Apabila kejadian itu berlaku si wanita bersama keluarga si lelaki tidak putus-putus memberi nasihat dan dorongan kepada si lelaki, mereka tidak miss berjumpa si lelaki setiap minggu, selepasa hampir 3 bulan si lelaki tersebut di penjarakan si lelaki di jamin oleh keluarga beliau, Tidak ingin memberitahu di kekasihnya si lelaki inginkan kejutan terhadap si wanita tersebut atas sebab rindukan si kekasihnya, si lelaki memberitahu mak beliau agak datang ke rumah, selepas si kekasihnya bersetuju dia terus datang ke rumah bersama ayahnya, masuk sahaja di rumah si perpempuan ini terkejut kerana si lelaki ada di dalam rumah, si kekasihnya menagis tanpa kata, si lelaki bertanya kenapa menangis? si perempuan diam membisu tanpa kata-kata sehingga mereka balik.

      Tanpa di duga akhirnya si lelaki dapat tahu yang si kekasihnya sudah mempunyai hubungan dengan lelaki lain yang penah si lelaki ini tahu dahulu, dan si perempuan mengaku yang mereka mempunyai hubungan bersama lelaki tersebut, Perasaan lelaki yang keluar dari suku neraka di penjara itu hancur dapat mengatahui orang yang di sayangi berpaling tadah semasa dia dalam kesusahan, si lelaki terus menjadi diam seperti kebodohan kerana si perempuan yang disayangi, selama sebulan dia seperti kehingan akal dan fikiran, sehinggalah keluarga si lelaki menasihati dan menjaga si lelaki itu dengan baik, akhirnya si lelaki tersebut dapat menerima segala yang di laluinya selama ini.

    Kata akhir, walaupun si lelaki banyak membuat dia marah kerana dia sayang dan cinta, dia akan adakan segala keselesaan wanita itu walaupun dia tidak keselesaan hanya untuk kekasihnya, tetapi wanita akan hilang kalau si lelaki dalam keadaan yang bercelaru dan bermasalah. Tetapi tidak kepada lelaki kerean dia akan terima seadanya seorang wanita kerena ikhlas dan mencintai kaum hawa sepenuh hati mereke.....

Resepi Nasi Minyak Cara Mudah dan Sedap

Resepi Nasi Minyak Cara Mudah dan Sedap
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Terima kasih mengunjungi blog nazrinmdnoor.blogspot.com Semoga kunjungan anda ke sini memberi seribu manfaat yang tersirat mahupun tersurat. Resepi yang cik tom nak kongsikan kali ini ialah resepi nasi minyak yang mudah je cara untuk disediakan dan insyaAllah sedap dimakan bersama lauk pauk kegemaran iaitu ayam masak merah. Oh ye resepi masakan nasi minyak simple ini hanya anggaran untuk hidangan 4 orang makan. So, kalau untuk lebih dari kuantiti tue korang boleh ubahsuai kuantiti/ ikut citarasa daripada resepi nasi minyak ini ya.
Resepi Nasi Minyak Cara Mudah dan Sedap

Bahan- bahan Resepi Nasi Minyak Cara Mudah dan Sedap (anggaran 4 orang):
Bahan A
3 cawan beras- dibasuh dan ditoskan
3 ½ cawan air
1 sudu besar kismis
2 sudu besar susu pekat
3 sudu besar planta
2 helai daun pandan (disimpul)
Garam secukup rasa
1 sudu kecil pewarna kuning limau
Bahan b (bahan tumisan)
3 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (diketuk kasar)
1 inci halia (di ketuk kasar)
1 batang kecil kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Cara-cara Masakan Resepi Nasi Minyak Cara Mudah dan Sedap:-
1.        Panaskan planta dan tumiskan bahan tumisan sehingga wangi.

2.      Masukkan beras dan kacau sehingga rata


3.      Masukkan air, kismis dan garam. Gaul sekali lagi sehingga sebati.

4.     Kemudian, masukkan kesemuanya ke dalam periuk elektrik.


5.      Masukkan susu cair dan masak seperti nasi biasa.

6. Apabila sudah masak, hidangkan bersama acar timun dan ayam masak merah

*Tips tambahan:- masukkan 1 sudu sunquick untuk mendapatkan nasi yang cantik dan tidak berketul-ketul.
Nasi minyak ialah hidangan yang paling popular untuk kenduri kahwin atau musim perayaan kan? Tapi tak semestinya tunggu hari istimewa je baru nak masak. Mungkin boleh sediakan buat suami atau keluarga tersayang. Selamat mencuba Resepi Nasi Minyak kali ini ye.  


Monday, December 24, 2012

menjual dan menservis aircond

Salam 1 Malaysia.

Kami adalah syarikat bumiputera yang menjalankan perniagaan MEMBEKAL DAN SERVIS ALAT PENDINGIN HAWA SERATA PENDAWAIAN ELEKTRIK,


*AIR CONDITIONER
-Pemasangan Air Cond. baru.
-Membuka,memindah dan memasang semula unit ke tempat baru.
-Service chemical dan topup gas.major servis
-Penyelenggaran aircond.
-Repair air cond. cth kebocoron, blower rosak,kompressor rosak.
-Membekal air cond baru dan second hand.

*PENDAWAIAN ELEKTRIK.
-Wiring baru.
-Pasang lampu.
-Pasang kipas.
-Tambah plug point.
-Water heater.
-Tukar main suis

Hubungi Nazrin 017 5782482/Nazir 014 9425201





Sunday, December 23, 2012

Asalamualaikum

Khas untuk yang ingin belajar membuat crepe durian.

Bahan bahan
250 gm tepung gandum
3 biji telur ( gunakan 2 biji telor gred A)
                                                            500 ml santan                                                            
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pes pandan dan sedikit pewarna hijau untuk kulit berwarna hijau
1 sudu teh pewarna kuning untuk kulit berwarna kuning
Cara : 
1) Satukan semua bahan & masukkan dalam blender dan kisar.Kemudian tapiskan
) Panaskan non-stick pan
3) Bubuh sikit minyak reen guna minyak jagung sapu guna tissue 
4) Tuang 1 senduk ke dlm  non-stick pan.
5) Angkat pan lenggokkan bulat ikut arah jam macam lenggok inul ye supaya cantik bulat
6) Bila dah masak angkat dengan perlahan romantik2 gitu .tak perlu terbalikkan
7) Ulang hingga adunan habis.

Bahan inti :
1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya

Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
Pisahkan isi durian dari bijinya.

 Cara :
Bentangkan 1 keping crepe
Letakkan Whipping Cream di tengahnya
Letakkan isi durian
Tutupkan semula dengan Whipping Cream
Lipatlah crepe
Kemudian simpan dalam peti ais sebentar
Enak di hidangkan dingin







Usahakel Enterprise



:- Usahakel Enterprise adalah sebuah syarikat bumiputera berstatus perkongsian yang menjalankan kerja-kerja mencuci kawasan, bengkel membaik pulih kenderaan, menjahit pakaian lelaki dan perempuan, kerja-kerja ladang, pertanian, membekal alat ganti kenderaan, membuat logo pakaian, kerja-kerja kimpalan, pendawaian elektrik dan menservis aircond. Syarikat ini telah di tubuhkan pada 12hb November 2008 yang beralamat di No. 95 Perumahan Awam 2 blok J Simpang Empat 36400 Hutan Melintang Perak Darul Ridzuan.

:- Usahakel Enterprise juga berusaha mengembeleng tenaga dalam pelbagai sumber dan beriltizam untuk mencapai misi dengan

                 1. Melaksanakan projek yang di amanahkan dengan cekap dan cemerlang demi memenuhi
                     kehandak pelanggan.

                 2. Mengamalkan semangat kerja berpasukan yang beramanah, profesional dan produktif

                 3. Berazam memberikan pulangan dan imbuhan yang tinggi kepada setiap kakitangan setanding
                     atau melebihi tahap pasaran.

                 4. Menggunakan teknologi dan sistem terkini untuk menguruskan dan melaksanakan projek yang
                     berkualiti.

:- Usahakel Enterprise juga ingin bekerjasama dengan semua kontaktor yang berada di malaysia berkongsi ilmu dan dapat bekerjasama dalam pelbagai aspek...

:- Pihak kami sedia di beri teguran atau nasihat yang beunsur kebaikan oleh mana-mana kontraktor untuk dijadikan ilmu atau pengajaran selama syarikat ini di jalankan...

:- Usahakel Enterprise di uruskan oleh Encik M.Nazir b. Md Noor yang diberikan amanah oleh ayah beliau sebagai pengurus syarikat. Manakala ayah beliau Md Noor b. Yahya memegang jawatan sebagai pengurus kewangan dan pentadbiran syarikat. Dan adik beliau Mohd Nazrin b. Md Noor memegang jawatan sebagai pengurus unit koperat dan komunikasi syarikat..

:- Usahakel Enterprise sudah bertapak di dunia perkidmatan selama empat tahun di Hilir Perak..

:- Pengurus syarikat iaitu M.Nazir b. Md Noor, berpendidikan sehingga SPM, dan Menyambung pelajaran pada Sijil Kemahiran Malaysia sebagai Pomen Kenderaan dan Pendawaian Elektrik... Beliau di lahirkan pada 28 March 1983, berstatus berkahwin dan mempunyai seorang anak.

:- Manakala Pengurus Kewangan dan Pentadbiran pula iaitu Md Noor b. Yahya, di lahirkan pada 12 Januari 1952 berpendidikan sekolah menengah hingga tingkatan lima semasa perang malaya di serang komunis, Beliau seorang tentera, dan sekarang aktif dengan Persatuan Perajurit di kawasan Teluk Intan, Selepas Beliau behenti menjadi askar beliau diberikan tanggungjawap sebagai Pengurus Syarikat Kawalan keselamatan, beliau berhidmat dengan Syarikat Kawalan Kesalamatan selama hampir 12 tahun, dan banyak mempunyai pelanggan dari kalangan kerajaan yang inginkan perkhidmatan oleh beliau sehingga sekarang. Beliau sudah berkahwin dan mempunya lima anak.

:- Pengurus unit koperat dan komunikasi ialah Mohd Nazrin b. Md Noor, Dilahirkan pada 05 April 1990, berpendidikan SPM dan menyambungkan Pelajaran jurusan Elektronik Audio dan Video Tahap 1&2 di IKBN Seri iskandar, Beliau di tugaskan untuk memlebarkan syrikat ini kepada media massa dan laman sosial.

:- Jika ada maklumat, ilmu, bidang perniagaan yang ingin di kongsi bolehlah di hubungi number yang di berikan oleh pihak syarikat..

:- Tel : +6017 5727753
            +6014 9425201
            +6017 5782482

Kerjasama dari pihak-pihak yang inginkan perkidmatan kami amatlah kami alukan..
Sekian, Terima Kasih..

cara menjadi usahawan yang berjaya

Perniagaan merupakan salah satu cabang untuk menjana pendapatan dan ekonomi harian tidak kira bagi pihak individu atau berkumpulan. Malah, dalam Islam sendiri telah menyatakan bahawa perniagaan adalah 9/10 daripada pintu rezeki. Sedikit sebanyak hal ini telah menggambarkan bahawa perniagaan boleh menjadi satu peluang kepada kita untuk mencari rezeki. Yang penting, perlu ada modal dan usaha untuk mengembangkan perniagaan. Akan tetapi, perlu diingat bahawa perniagaan bukan mahu mengejar keuntungan semata-mata kerana dalam perniagaan kerugian juga menjadi satu lumrah. Islam sendiri ada menggariskan tujuan perniagaan mengikut perspektif Islam iaitu untuk memperbesar dan memperluaskan aktiviti syariat atau bertujuan ibadah dan mendapat pahala yang banyak. Oleh itu, dalam perniagaan, kita perlulah senantiasa mencari keredhaan ALLAH SWT iaitu dengan cara menetapkan niat yang betul serta menjalankan perniagaan dengan sebaik-baiknya. Selain itu, dalam perniagaan juga, ada etika yang perlu dipatuhi. Tujuan etika perniagaan tidak lain tidak bukan untuk memastikan para peniaga Muslim khususnya, menghindarkan sifat-sifat yang keji lantas sentiasa mengamalkan sifat-sifat terpuji sepanjang menguruskan perniagaan. Apakah yang dimaksudkan dengan sifat-sifat terpuji ini? Ianya adalah seperti berikut:
Jujur dan Amanah – Jangan Menipu
Jujur dan amanah!! Itulah sifat utama yang perlu ada pada seorang peniaga Muslim. Seseorang peniaga yang menipu dalam jualannya tidak selamanya akan terus memperoleh keuntungan. Masyarakat pada hari ini semakin bijak menilai dan menganalisis pastinya akan dapat menghidu penipuan yang dijalankan. Akhirnya, kerugian akan berpatah balik kepada peniaga kerana kepercayaan para pembeli semakin berkurangan. Maka atas sebab itu, Islam telah mengunjurkan agar setiap Muslim yang menjalankan urusniaga mestilah bersifat jujur dengan perniagaannya. Jangan sesekali menjual barangan yang telah rosak, menipu sukatan atau timbangan, menjual sesuatu dengan mengambil keuntungan yang sangat besar sehingga menyukarkan pembeli dan sebagainya. Dari segi amanah pula, seseorang peniaga Muslim tidak sepatutnya berbuat seleweng demi meraih keuntungan semata-mata. Aktiviti jual beli yang diselangi dengan perbuatan pecah amanah hanya merugikan kedua-dua belah pihak. Pecah amanah ini seringkali berlaku kepada syarikat-syarikat besar yang mana ada dalam kalangan ahlinya yang membocorkan rahsia syarikat kepada pihak-pihak berkepentingan. Apa yang boleh diperkatakan, pecah amanah boleh berlaku disebabkan sifat tamak yang membuak-buak dalam diri. Berpunca daripada ini juga, boleh timbul permasalahan yang lain seperti rasuah dan sebagainya. Sayangnya, ramai peniaga Muslim pada hari ini yang bersikap tidak sabar dan gelojoh untuk meraih keuntungan dalam perniagaan sehingga ada dalam kalangan mereka yang sanggup menipu dan memperdaya para pengguna. Dalam Al-Quran dengan jelas telah menyebut dan mengangkat martabat orang-orang yang bersikap jujur iaitu melalui Surah al-Taubah ayat 119 yang bermaksud;
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang jujur.”
Melalui ayat ini, dengan jelas telah menunjukkan kepada kita bahawa kejujuran itu merupakan sifat yang penting dan terpuji serta patut diamalkan bukan hanya dalam konsep perniagaan sebaliknya juga dalam hal-hal kehidupan seharian.
Hindari Riba’
Apa itu riba? Mengikut pengertian Syarak, riba ialah akad bagi sesuatu pertukaran barang-barang yang tertentu tetapi tidak diketahui persamaannya menurut kiraan Syarak ketika akad atau diketahui persamaannya dengan menggunakan kedua-dua pertukaran itu atau salah satu dari keduanya. Pasti masih ramai para peniaga Muslim yang belum mengetahui tentang konseptual riba dengan lebih mendalam. Tetapi, apa yang boleh diperkatakan adalah riba merupakan suatu perbuatan yang diharamkan oleh ALLAH SWT untuk diamalkan dalam perniagaan. Firman ALLAH SWT dalam Al-Quran yang bermaksud;
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian adalah disebabkan mereka mengatakan bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal ALLAH SWT telah menghalalkan jual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu, sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) daripada Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada ALLAH SWT. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.” (Al-Baqarah, 2:275)
Konsep riba pada hari ini dilihat semakin berleluasa tidak kira dalam perniagaan yang kecil mahupun yang besar dan tidak dinafikan begitu ramai dalam kalangan peniaga Muslim juga terlibat dengan amalan riba. Perlu diketahui bahawa riba terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Riba Al-Fadhl, Riba Al-Yad, dan Riba’ Al-Nasi’ah.
  • Riba Al-Fadhl

Riba jenis ini bermaksud riba yang dibayar lebih kepada sesuatu pihak yang menukarkan barang. Sebagai contoh, satu kilo beras mahsuri ditukarkan dengan satu kilo beras yang lain iaitu berlainan jenis dan kualiti.
  • Riba Al-Yad

Riba yang dibayar lebih kerana tidak diterima dalam majlis akad jual beli. Contohnya, seseorang individu yang berakad sebanyak RM50.00 tetapi apabila diluar akad dibayar RM60.00.
  • Riba Al-Nasi’ah

Riba Al-Nasi’ah adalah riba yang dibayar lebih kerana dilewatkan pembayarannya. Mengambil contoh pinjaman yang dilakukan hanyalah sebanyak RM100.00 tetapi yang perlu dibayar semula adalah berjumlah RM120.00.
Oleh itu, para peniaga Muslim perlulah menjauhi amalan riba dalam menjalankan perniagaan masing-masing. Riba tidak langsung menguntungkan malah hanya memudaratkan serta turut mengundang dosa dan balasan seperti yang telah disebutkan di dalam Al-Quran Al-Karim. Riba juga hanya akan menyukarkan dan menindas pihak pembeli atau pengguna kerana mereka perlu membayar lebih untuk mendapatkan sesuatu keperluan. Dalam situasi yang lain, riba boleh dikategorikan sebagai satu pemerasan dan penindasan terhadap orang-orang miskin kerana mereka akan terus terbeban untuk menjelaskan hutang sedia ada disebabkan bunga yang sentiasa bertambah apabila hutang lambat dibayar. Konklusinya, hindarilah riba!! Riba hanya akan mendorong pelakunya hidup senang-lenang tanpa bekerja dan berusaha sedangkan Islam sangat menekankan agar umatnya senantiasa berusaha dan bekerja untuk mendapatkan rezeki yang halal dan berkat.
Saling Redha-Meredhai
Perniagaan yang baik adalah perniagaan yang mempunyai elemen saling redha meredhai antara satu sama lain iaitu antara penjual dengan pembeli. Dalam erti kata lain, jual beli yang dijalankan secara paksa adalah tidak dibenarkan sama sekali. Setiap pembeli mempunyai hak untuk membeli dan keputusan untuk membeli atau tidak sesuatu barangan terletak kepada mereka. Maka, adalah tidak wajar sama sekali sekiranya seseorang penjual memaksa orang lain untuk membeli barangan yang dijual. Bukan itu sahaja, paksaan juga boleh menimbulkan pergaduhan dan perselisihan antara kedua-dua belah pihak. Persoalannya, mengapakah elemen saling redha-meredhai penting dalam diri setiap peniaga dan pembeli? Hal ini demikian kerana, Firman ALLAH SWT di dalam Al-Quran yang bermaksud;
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (atau ambil) harta orang lain secara batil (tidak sah) melainkan melalui perniagaan (yang dilakukan secara) redha-meredhai antara kamu.” (Al-Nisa, 4:29)
Bagi mencapai sifat redha-meredhai, para peniaga dan pembeli juga seharusnya mempunyai satu sikap lain iaitu boleh bertolak ansur sesama sendiri. Umumnya, tawar-menawar sudah menjadi satu kebiasaan dalam perniagaan di antara pihak penjual dengan pihak pembeli. Oleh itu, kedua-dua belah pihak perlu mengetahui akan had atau batas dalam tawar-menawar. Sekiranya boleh, tidak menjadi masalah untuk para peniaga bertolak ansur dengan memberikan harga yang lebih rendah dan berpatutan seperti yang ditawarkan oleh pembeli. Akan tetapi, pihak pembeli juga seharusnya sedar supaya mereka tidak meminta harga yang terlalu rendah kerana boleh mendatangkan kerugian kepada pihak peniaga. Oleh itu, bermula daripada sinilah perlunya sikap bertolak ansur antara satu sama lain dan hasil daripada bertolak ansur tersebut boleh menimbulkan rasa saling redha-meredhai antara penjual dengan pembeli sekiranya proses jual beli tersebut berlaku.
Tujuan Islam menekankan konsep saling redha-meredhai antara satu sama lain adalah untuk memastikan tidak ada mana-mana pihak yang akan tertindas. Perniagaan sepatutnya berjalan dalam suasana yang harmonis dan boleh memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Perlu difahami bahawa konsep perniagaan sangat luas. Perniagaan boleh juga diklasifikasikan sebagai suatu kontrak iaitu kedua-dua belah pihak yang berkontrak mestilah mendapat keuntungan masing-masing. Sikap redha-meredhai adalah bertujuan menghindarkan rasa tidak puas hati dan tertipu yang berkemugkinan boleh berkembang menjadi suatu masalah yang lebih besar.

    Jauhi Sikap Tamak!!

Tamak merupakan sikap yang perlu dijauhi oleh setiap peniaga Muslim. Sikap tamak hanya akan memakan diri sendiri. Setiap peniaga Muslim perlu berusaha dan berikhtiar untuk mendapatkan rezeki. Peluang yang datang dalam perniagaan seharusnya digunakan dengan sebaik-baiknya. Namun perlu diingat, janganlah sesekali kita mengambil hak atau peluang orang lain dalam perniagaan dengan niat untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat ganda. Pepatah Melayu ada menyebut, ‘orang tamak selalu rugi, macam anjing dengan bayang-bayang.’ Hakikatnya, pepatah ini adalah benar.
Jauhilah sikap tamak sebaliknya amalkanlah sikap bantu-membantu antara satu sama lain. Bantu-membantu antara para peniaga dengan para peniaga atau para peniaga dengan pembeli sudah pasti dapat menyuburkan lagi ekonomi semasa dan perniagaan juga akan bertambah baik. Sebagai seorang peniaga Muslim, kita perlu sentiasa berusaha dan percaya bahawa rezeki ditentukan oleh ALLAH SWT. Sekiranya kita berusaha dengan cara yang baik, InsyaALLAH kita akan memperolehi rezeki yang baik. Jika sebaliknya berlaku, kita juga boleh memperoleh rezeki tetapi fikirkanlah tentang status rezeki yang diperolehi sama ada halal atau haram.
Perlu diketahui, perniagaan merupakan suatu pekerjaan yang amat diredhai oleh ALLAH SWT sekiranya diuruskan dengan betul dan baik. Dalam perniagaan juga, untung dan rugi menjadi satu risiko yang biasa. Bagi mana-mana peniaga Muslim yang telah menjalankan perniagaan dengan sebaik-baiknya, tetapi masih mengalami kerugian, jangan sesekali berputus asa. Teruskan berusaha dan berikhtiar untuk memajukan perniagaan anda kerana usaha yang berterusan pasti akan membuahkan hasil pada masa akan datang. Elakkanlah daripada bersikap tamak dan gelojoh serta hindarkanlah konsep riba dalam perniagaan anda. Masih banyak cara dan strategi berkesan yang boleh diguna pakai bagi mengembangkan lagi perniagaan yang anda usahakan. Berniagalah dengan mengikut pandua-panduan yang telah digariskan oleh Islam kerana sudah pasti tidak akan membawa kepada kerugian sebaliknya boleh membawa kejayaan kepada anda baik di dunia mahupun di akhirat nanti. Semoga kita semua sentiasa mendapat petunjuk dan rahmat daripada-Nya. InsyaALLAH.

Artikel Berkaitan: