Friday, January 11, 2013

Dua tahanan lolos mati di tembak

KEADAAN kereta Proton Perdana dinaiki dua penjenayah yang terjunam ke dalam tali air di Kubang Semang, Bukit Mertajam semalam.
BUKIT MERTAJAM – Dua penjenayah berbahaya dikenali sebagai Joe Mafia dan Boy yang meloloskan diri ketika dalam perjalanan ke mahkamah bersama tujuh tahanan lain pada Isnin lalu mati selepas berbalas tembakan dengan polis di Kampung Padang Temusu, Guar Perahu di sini semalam.
Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu, dua Orang Kena Tahan (OKT) yang terbunuh ialah Mohd. Fairuz Adam, 31, atau Joe Mafia dan Mohd. Noor Mustafa, 28, atau Boy.
Joe Mafia merupakan perancang kepada kejadian sembilan tahanan melarikan diri itu. Dia merupakan rakan penjenayah Boy.
Menurut beliau, sebelum kejadian, pasukan khas polis menerima maklumat berhubung kedudukan Joe Mafia dan Boy yang dilaporkan berada di sekitar Kampung Kubang Semang.
Sebaik dapat mengesan sebuah kereta Proton Perdana dinaiki kedua-dua penjenayah itu di Kampung Kubang Semang, polis terus mengekorinya sebelum kereta itu cuba menghimpit kenderaan polis.
Selepas itu, Proton Perdana tersebut memecut laju menghala ke Kampung Padang Temusu di Guar Perahu yang terletak kira-kira tiga kilometer dari Kampung Kubang Semang.
“Ketika kereta dinaiki suspek melalui jalan tar kecil di kampung berkenaan, kenderaan tersebut terbabas lalu terjunam ke dalam tali air.
“Kedua-dua penjenayah itu keluar dari kereta dan cuba melarikan diri dengan menyeberangi tali air,” kata beliau pada sidang akhbar di lokasi kejadian.

Sunday, January 6, 2013

Kursus fotografi

Kuasai pengetahuan teknikal dalam asas fotografi digital. Kemahiran ini akan membuka jalan kepada anda untuk menghasilkan gambar seperti yang anda kehendaki.
Adakah anda sudah puas membaca buku manual kamera anda dan buku fotografi tetapi masih belum faham sepenuhnya tentang cara mengawal kamera anda?
Adakah hasil foto yang anda rakam tidak seperti yang anda kehendaki?
Adakah anda ingin dibimbing oleh seorang guru dengan cara yang sistematik, cepat dan mudah tanpa membuang masa dengan trial and error?
Jika jawapan anda adalah 'ya' bagi situasi di atas, anda mesti hadir ke program ini!

MAKLUMAT TERPERINCI PROGRAM
ProgramKursus Asas Fotografi Digital
Kod program AFD
Jurulatih Hasnuddin Abu Samah / Kaharuddin Samad (Bergantung kepada kelapangan masa jurulatih) KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT BIODATA JURULATIH
Durasi2 hari
Masa9.00 pagi - 6.00 petang
Bahasa perantaraBahasa Melayu
Jumlah pesertaEksklusif untuk 16 orang sahaja
ObjektifUntuk membolehkan peserta mengawal fungsi kamera DSLR sepenuhnya bagi mendapatkan hasil foto seperti yang dikehendaki
Siapa patut hadir
Individu yang ingin mempelajari asas kawalan kamera DSLR dari kalangan:
1)Pelajar IPTA/IPTS yang menggunakan media fotografi
2)Individu yang ingin jadikan fotografi sebagai hobi
3)Individu yang ingin jadikan fotografi sebagai sumber pendapatan
4)Jurufoto untuk Jabatan Kerajaan atau Syarikat Swasta
Syarat penyertaanUntuk peserta yang belum mempunyai asas teknikal fotografi sahaja. Sila jawab soalan di sini bagi mengetahui tahap kefahaman anda mengenai asas fotografi
Persediaan sebelum hadir program
1)Kenali kawalan kamera anda seperti mengenali butang kawalan aperture, shutter, ISO dan sebagainya
2)Senaraikan masalah dan soalan yang ingin anda tanya mengenai asas fotografi
Peralatan yang perlu dibawa
1) Kamera DSLR sebarang jenama
2)Lensa
3)Buku manual kamera
4)Flash (jika ada)

Fotografi adalah satu medium yang boleh anda gunakan untuk menghasilkan karya kreatif yang mempunyai unsur seninya yang tersediri. Dengan memahami dengan sebenarnya fungsi sesebuah kamera, proses penghasilan gambar akan menjadi lebih mudah tanpa bergantung kepada nasib semata-mata.

Foto-foto di atas dirakam oleh Hasnuddin Abu Samah, jurulatih utama dan penulis sukatan pelajaran untuk Kursus Asas Fotografi Digital ini.

ANTARA SUBJEK DI DALAM PROGRAM INI:
1PENGENALAN FOTOGRAFI Sedikit sejarah ringkas fotografi dari zaman analog hingga ke era digital. Fahami perbezaan, kebaikan dan kelemahan teknologi yang berbeza. Ketahui rahsia amalan jurugambar era filem yang lebih memfokus kepada kemahiran dan seni, bukannya teknologi semata-mata.
2KAWALAN ASAS KAMERA
Mengenal bahagian-bahagian kamera serta fungsi asasnya. Cara pengendalian yang betul, penjagaan serta keselamatan. Juga mengenai asas tangkapan imej melalui CCD atau CMOS serta teknologi penyimpanan data seperti RAW, TIFF dan JPEG. Fahami secara umum format dan teknologi kamera seperti 35mm/full frame SLR serta APS size DSLR
3APERTURETeori f/number, f/stop dan ciri-ciri aperture yang berlainan serta kesannya kepada depth-of-field.
4SHUTTERTeori shutter speed, shutter stop, pergerakan vs shutter, teknik mengelakkan gambar goyang dan kaitan focal length dengan shutter speed.
5ISO
Penggunaan ISO, ciri-ciri ISO yang berbeza, panduan pelarasan ISO serta kaitan ISO dengan exposure. Fahami hubungan antara picture noise, exposure dan image contrast.
6FOCAL LENGTH Teori mm dalam focal length, kefahaman angle of view, perspektif, depth serta ciri-ciri berbeza untuk setiap focal length. Teknik penggunaan lensa yang sesuai untuk setiap situasi yang tertentu. Teknik penggunaan lensa untuk composition yang terbaik. Teknologi dan kualiti lensa juga akan dibincangkan.
7FOCUSING TECHNIQUES Memahami kawalan Manual dan Auto Focus serta caranya berfungsi. Fungsi kawalan Single dan Continuous AF. Pelajari teknik pantas pre-focus dan mengagak jarak serta kaitannya dengan depth-of-field.
8DEPTH OF FIELDMedan fokus dan kaitannya dengan aperture, focal length dan focusing distance. Teknik mendapatkan shallow atau great depth-of-field. Juga membincangkan kegunaan depth-of-field dalam penghasilan gambar.
9COLOUR TEMPERATURE Teori asas suhu warna yang disukat dalam unit Kelvin. Kenali pelbagai sumber cahaya dan kesannya pada warna. Ketahui berbagai jenis preset setting dan manual setting untuk mendapatkan white balance yang sempurna.
10EXPOSURE METER
Fahami sifat dan fungsi built-in exposure meter serta kaitannya terhadap highlight, shadow, incident dan reflected light. Teknik alternatif kepada exposure meter dengan cara menganalisis cahaya menggunakan deria mata, LCD preview dan histogram.
11METERING PATTERN Fahami spot meter, centre weighted dan matrix/evaluative metering untuk mendapatkan exposure yang tepat setiap masa.
12EXPOSURE MODE Fahami tentang manual exposure mode, aperture priority/aperture value, shutter priority/time value, program dan sebagainya. Fahami kaitan setiap exposure mode dengan metering pattern, exposure compensation, flash compensation serta auto exposure mode. Fahami exposure stop dari 1/3 stop, 1/2 stop hingga full stop. Kuasai kemahiran penggunaan manual exposure mode untuk hasil yang cepat dan tepat.
13MENDAPATKAN PERFECT EXPOSURE
Kesimpulan dari keseluruhan subjek merangkumi aperture, shutter, ISO, exposure meter, metering pattern dan exposure mode untuk mendapatkan kualiti exposure terbaik. Pelajari juga bagaimana mengenalpasti perfect exposure dan cara mudah untuk mendapatkannya.
Dengan peserta berjumlah kecil dan konsep kursus yang semi formal, interaksi dan soal jawab yang aktif akan membolehkan lebih banyak subjek lain yang berkaitan yang akan disentuh dalam kursus ini. Jadi, subjek yang akan dibincangkan tidak hanya terhad kepada perkara yang disenaraikan seperti di atas semata-mata.

PROGRAM LEPAS
Antara foto peserta Kursus Asas Fotografi Digital yang telah diadakan:
Gambar Peserta Kursus AFD
Antara testimoni dari peserta:
“Apa yang saya pelajari di sini adalah 10 kali ganda lebih baik dari apa yang saya telah pelajari dari akademi lain sebelum ini” (Muhammad Alwi)
"Kursus fotografi ini telah memberikan banyak maklumat yang susah untuk kita dapat dengan hanya membaca buku." (Muhammad Zulpadhli)
“Penyampaian yang baik, berkesan dan mudah difahami” (Mohd Iswandi bin Jime)
"Selama ini saya menggunakan DSLR dengan setting auto sepanjang masa. Kursus ini memberi pengetahuan bernilai tentang terma-terma dalam fotografi digital. Selepas ini saya boleh menggunakan DSLR saya seoptima mungkin agar pelaburan lebih mendatangkan hasil yang diimpikan."
(Azman Yaacob)

"Secara keseluruhannya penceramah tidak lokek dengan ilmu yang beliau ada dan beliau cuba menjawab setiap pertanyaan sebaik mungkin berserta dengan demo. Banyak perkara dan ilmu yang dapat dikongsi melalui program ini." (Hazrina Ashaari)
"Hasnuddin seorang jurugambar yang tidak lokek ilmu. Walaupun hanya kursus asas, namun setiap soalan yang berkaitan advance level juga dijawab dan diterangkan secara detail." (Masuzilani)
Untuk melihat lebih banyak foto dan testimoni mengenai program yang telah diadakan, SILA KLIK DI SINI
SENARAI PENYERTAAN JABATAN KERAJAAN DAN SYARIKAT SWASTA
Antara senarai Jabatan Kerajaan dan Syarikat Swasta yang telah menghantar peserta ke program FOTOTEACHER:
Tourism MalaysiaUniversiti Malaysia Pahang
Telekom Malaysia BerhadUniversiti Malaysia Sabah
Tenaga Nasional BerhadUniversiti Teknikal Melaka
Jabatan Perdana MenteriUNISEL
Bank Negara Malaysia Lembaga Pelabuhan Bintulu
Petronas CarigaliMalaysian Palm Oil Board
Jabatan Audit NegaraFELCRA Berhad
SME BankKementerian Kerja Raya
Pos Malaysia Bank Muamalat
Perpustakaan NegaraAffin Bank
MeCDKLiUC
Keretapi Tanah Melayu BerhadCredit Guarantee Corporation
International Islamic University Universiti Sains Malaysia
Universiti Putra MalaysiaNAHRIM
Universiti Malaysia Terengganu MISC
FOTOTEACHER.COM adalah perniagaan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia serta mempunyai Sijil Taraf Bumiputera dan Lesen Kewangan dalam bidang Tenaga Pengajar, Fotografi, Rakaman, Kamera/Peralatan dan lain-lain. (No. Rujukan Pendaftaran: 357-02149325)
FOTOTEACHER.COM juga boleh mengadakan kursus khas di tempat anda. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

NILAI UNTUK WANG ANDA
1Jurulatih terdiri dari jurufoto profesional yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun dalam bidang fotografi
2Jumlah peserta yang kecil, membolehkan jurulatih memberikan tumpuan yang lebih kepada setiap peserta, mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menggalakkan serta interaksi yang lebih berkesan
3Pembantu jurulatih disediakan sekiranya jumlah peserta melebihi 8 orang bagi menjamin proses pembelajaran yang lebih cekap dan cepat
4Anda berpeluang bertanya soalan terus kepada pakar dalam bidang ini pada setiap bahagian pelajaran
5Alat bantuan mengajar seperti projektor dan TV digunakan
6Demo akan diadakan apabila perlu, untuk kefahaman yang lebih baik. Pelajaran secara 'hands-on' juga akan dilaksanakan di sepanjang kursus ini bagi menguatkan kefahaman peserta.
7Nota kursus akan diberikan kepada setiap peserta
8Ujian kefahaman akan diadakan pada akhir setiap bahagian bagi memastikan peserta faham apa yang telah disampaikan
9Perbincangan terperinci kepada setiap soalan ujian bagi memastikan setiap peserta benar-benar memahami setiap subjek yang diajar
10Sijil penyertaan akan diberikan kepada setiap peserta
11Jamuan ringan setiap 2 jam. Makan tengahari juga disediakan
12Jaminan pasti faham atau anda boleh hadir semula ke program yang sama secara PERCUMA!
13Peserta akan mendapat harga diskaun istimewa untuk program lain yang akan diadakan.
14Khidmat sokongan selepas kursus. Para peserta boleh menghubungi pihak FOTOTEACHER.COM melalui telefon atau e-mel sekiranya masih terdapat sebarang kemusykilan setelah menghadiri kursus
15Lain-lain kemudahan asas disediakan seperti tempat letak kereta yang luas & percuma, WiFi percuma, ruang solat dan tandas.

Kursus akan diadakan di Pusat Latihan FOTOTEACHER.COM
di Cheras, Kuala Lumpur


Ruang pembelajaran yang lengkap dan selesa


Ruang rehat dan makan
YURAN PENYERTAAN
HARGA PENYERTAAN DARI JABATAN KERAJAAN ATAU SYARIKAT SWASTA Buat bayaran penuh dalam tempoh 14 hari SELEPAS menghadiri kursus. P.O./L.O. diperlukan untuk tempahan tempat
RM1,100.00
seorang
HARGA BIASA INDIVIDU
Anda boleh buat bayaran tempahan sebanyak 30% dari nilai yuran (tidak dikembalikan) dan baki bayaran penuh hendaklah dibuat 10 hari sebelum program bermula
RM850.00
seorang
BEKAS PESERTA PROGRAM FOTOTEACHER
Sekiranya anda pernah menghadiri sekurang-kurangnya satu program FOTOTEACHER sebelum ini yang bernilai sekurang-kurangnya RM500. Tidak sah untuk pembayaran dengan cek melalui L.O. atau P.O.
RM750.00
seorang
PESERTA DARI LUAR KUALA LUMPUR
Sekiranya anda datang dari kawasan dengan jarak sekurang-kurangnya 300 km dari pusat bandar Kuala Lumpur. Sila sertakan bukti seperti tiket kapal terbang, resit tol, tiket bas dan sebagainya
PELAJAR, ORANG KURANG UPAYA, IBU TUNGGAL & PESARA
Sila sertakan bukti sah status anda bagi mendapat diskaun istimewa ini
PENYERTAAN BERKUMPULAN
Sekiranya anda mendaftar dalam kumpulan seramai 2 orang atau lebih dalam satu kumpulan. Bayaran penuh untuk seluruh ahli kumpulan hendaklah dibuat dalam satu transaksi sebelum menghadiri program
RM690.00
seorang
kami menerima visa dan mastercard
  • KAMI MENERIMA BAYARAN MENGGUNAKAN KAD KREDIT VISA DAN MASTERCARD SECARA ONLINE ATAU DENGAN CARA 'SWIPE' DI TERMINAL KAD KREDIT DI PEJABAT KAMI. UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI 03-91017155 / 012-6020770 ATAU E-MEL KEPADA sales@fototeacher.com
  • Semua harga tertakluk kepada kekosongan tempat. Keutamaan akan diberikan kepada peserta yang terawal membuat bayaran.

MESEJ DARI FOTOTEACHER
Kecanggihan teknologi digital dan kebijaksanaan kamera ketika ini dicipta sekadar untuk memudahkan kerja jurugambar. Tetapi, tanpa pengetahuan asas fotografi yang kukuh, seseorang jurugambar tidak akan dapat menghasilkan gambar seperti yang diinginkan. Walau secanggih mana sekalipun kamera anda, anda sepatutnya boleh mengawal kamera anda, bukan kamera yang mengawal anda!

Dengan pengalaman kami sebagai jurugambar profesional, kami akan mengajar subjek-subjek asas fotografi yang benar-benar penting dan praktikal dalam situasi fotografi terkini. Dengan modul yang ringkas dan padat, anda dapat menjimatkan masa dan wang anda.

Sekiranya anda mampu membelanjakan ribuan ringgit untuk membeli kamera digital anda, anda patut membelanjakan beberapa ratus ringgit sahaja lagi untuk mendapatkan ilmu asas fotografi yang dapat anda gunakan di sepanjang hidup anda.

Hadiri kursus ini, jangan biarkan kebuntuan teknikal menjadi penghalang untuk anda merealisasikan imaginasi anda!

Jumpa anda nanti!

Hasnuddin Abu Samah,
FOTOTEACHER.COM

7 kenderaan kena banjir lumpur

KEADAAN banjir lumpur berpunca daripada lereng bukit runtuh yang melimpah ke jalan berhampiran persimpangan lampu isyarat Persiaran Putra Bahagia dan Persiaran Putra Perdana di Putra Heights, Subang Jaya semalam.
SUBANG JAYA – Tujuh buah kenderaan yang melalui jalan menghala ke persimpangan lampu isyarat Persiaran Putra Bahagia dan Persiaran Putra Perdana di Putra Heights di sini semalam ditimpa banjir lumpur yang mengalir secara tiba-tiba dari kawasan lopak di kaki bukit di situ.
Bagaimanapun, dalam kejadian pada pukul 6 petang itu, pemandu lima buah kereta, pemandu sebuah van dan penunggang sebuah motosikal tidak cedera.
Jarak antara kawasan lopak dengan jalan yang dilanda banjir lumpur kira-kira 20 meter.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, tanah lumpur dari lopak itu mengalir menimpa tujuh buah kenderaan tersebut selepas sebahagian dari lereng Bukit Cermin yang tiba-tiba runtuh.
“Runtuhan tanah pada lereng bukit itu menimpa lopak di kaki bukit mengakibatkan lumpur dari lopak itu melimpah ke atas jalan.
“Kawasan tanah lereng bukit yang runtuh itu berlaku di kawasan tapak pembinaan rumah di atas bukit tersebut,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo!
Berikutan kejadian itu, Yahaya berkata, kerja-kerja pembersihan lumpur sedang dilakukan oleh pihak kontraktor projek pembinaan tersebut dengan dibantu pasukan bomba dan penyelamat.
“Sehingga pukul 10 malam tadi jalan tersebut masih ditutup dan dikawal oleh Unit Peronda Polis dan polis trafik,” kata beliau.
Bagaimanapun, menurut beliau, tiada kawasan perumahan penduduk terjejas ekoran kejadian tersebut.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tanah runtuh itu pada pukul 6.12 petang.
“Kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan oleh tujuh anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang.
“Laluan tersebut dijangka dibuka semula pada awal pagi esok (hari ini),” kata beliau.
Kosmo

Bintang Bola Sepak Arsenal yang menghafal 19 juz al-quran


LONDON – Pentas bola sepak Liga Perdana Inggeris banyak dihuni pemain-pemain beragama Islam yang datang dari luar negeri.
Bintang bolasepak Liga Premier Muslim yang menonjol kebanyakan berasal dari Perancis.
Diantara bintang bolasepak Muslim yang dikenali adalah pemain tengah Arsenal, Abou Diaby. Pemain 25 tahun berkewarganegaraan Perancis ini telah menghafal Al-Quran hingga 19 juz.
Dalam akaun twitter, salah satu pengajar Ebrahim Collage di London, Mufti Muhammad, @ Mufti_Muhammad_ mendedahkan seorang bintang bolasepak yang datang ke Emirates Stadium Arsenal pada tahun 2006 itu hafal 19 juz Al-Quran.

Pengurusan kewangan- 5 Tips kewangan yang mudah untuk di amalkan

Kali ini saya ingin memberi 5 tip kewangan yang mudah untuk diamalkan sebagai panduan dalam pengurusan kewangan. Tujuan saya membuat artikel ini adalah untuk berpesan pada diri saya sendiri khususnya dan kepada rakan-rakan sekalian umumnya akan kepentingan pengurusan kewangan secara berhemah.
Walaupun saya sekarang masih tidak berapa pandai untuk menguruskan kewangan saya secara efektif, tapi tip atau pandangan saya dalam artikel ini adalah apa yang saya pelajari dari mereka yang telah berjaya dalam membebaskan diri mereka dari perangkap tikus kewangan. Saya dengan secara lansungnya cuba untuk mempraktikkan tip yang telah disarankan. Berikut merupakan 5 tip yang boleh diamalkan:

1. Kurangkan makan di luar

Tip ini sememangnya terbukti berkesan kerana kos belanja makan di luar terutama di kawasan Kuala Lumpur adalah amat tinggi sehingga 3x kos menyediakan makan sendiri di rumah. Ada beberapa pilihan yang boleh dibuat sebagai contoh sebelum keluar rumah, makan siap2 supaya kita tidak perlu makan di luar.
Selain daripada itu, amalkan membawa bekal makanan ke pejabat kerana ia boleh menjimatkan banyak perbelanjaan makan kita sebulan. Saya pernah melakukan ini semasa saya bekerja dan terbukti saya boleh rasakan lebihan kewangan yang saya ada sehingga hujung bulan. Kalau sehari RM5 makan, 20 hari bekerja sebulan, bermakna dalam RM100 dapat dijimatkan.
Ada lagi satu tip yang saya sedang praktikkan sekarang iaitu tidak makan apabila tiba waktu makan tengah hari. Biasanya saya hanya makan sarapan di rumah, kemudian balik petang saya akan terus makan malam awal seawal sebelum maghrib dan selewat lepas maghrib. Sebenarnya tip ini saya lakukan bukan semata-mata untuk berjimat belanja, tapi sebenarnya saya sedang berusaha menurunkan berat badan. Ternyata usaha saya berhasil dengan baik. Alhamdulillah.

2. Membuat catatan dan merancang pembelian

Tip ini adalah saranan dari Mekanik Wang Abang Abu. Saya pernah mengamalkan tip ini semasa saya berada di sekolah menengah rendah dahulu walaupun sudah agak lama, tapi masih segar di ingatan saya apabila setiap hari saya mencatat perbelanjaan harian saya, berapa duit masuk, berapa duit keluar. Dengan tidak semena-mena, kaedah ini telah mengawal perbelanjaan harian saya. Sebenarnya konsep ini lebih kepada muhasabah diri. Hari ini kita belanja, malamnya kita buat rumusan dan perhitungan, kita akan berazam dan cuba perbaiki sikap berbelanja kita secara tidak lansung ia menjadi tabiat kita yang baik dalam berbelanja.

3. Perbelanjaan = pendapatan - simpanan

Tip ini disaran oleh ajen pelaburan saya mengenai pengurusan kewangan. Mungkin ramai yang tidak sedar sebenarnya kebanyakan kita menggunakan kaedah yang salah dalam pengurusan kewangan iaitu simpanan = pendapatan - perbelanjaan. Cara ini menyebabkan kita meletakkan simpanan itu berada di keutamaan yang paling belakang. Seharusnya kita perlu mengubah cara kita berfikir dalam mengurus kewangan kita supaya kita tidak dibelenggu dan dijerut dengan masalah kewangan yang tidak berkesudahan. Oleh itu perkara yang pertama kita perlu buat apabila kita memperoleh pendapatan, tetapkan satu jumlah dari pendapatan tersebut sebagai simpanan. Seranan yang popular ialah 10% manakala orang Jepun mengamalkan menyimpan 20% dari pendapatan. Pastikan kita menyimpan di dalam institusi kewangan yang menyebabkan kita susah untuk mengeluarkan duit sebagai contoh Tabung Haji. Walaupun sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada banyak tapi kadang-kadang.

4. Menjaga harta dengan baik

Saya mendapat tip ini semasa saya habis sekolah tingkatan 5 pada waktu itu saya bekerja menolong atuk saudara dalam industri perikanan air tawar. Datuk saudara saya ini orang yang berada. Saya masih ingat ayat yang masih terngiang-ngiang di telinga saya pada waktu itu bilamana saya tidak menjaga semua barang-barang dengan baik dan ambil sikap mudah dalam menggunakan setiap mesin rumput, mesin pemotong kayu dengan cara yang kasar tanpa memikirkan akibat ia kemungkinan akan rosak. Satu ayat yang masuk dalam kepala otak saya hingga sekarang di mana datuk saudara saya memarahi saya "orang tak pandai jaga harta akan papa (miskin)". Mulanya saya tak ambil kisah tapi lama kelamaan ayat itu semakin relevan.
Dikuatkan lagi saranan dari Mekanik Wang Abang Abu, memang betul apa yang diperkatakan. Kita ambil contoh satu senario di mana kasut sekiranya digosok dan polish setiap kali lepas pakai, ia akan bertahan lebih lama dan tak mudah rosak, tapi sekiranya kita tidak pernah ambil kisah untuk polish kasut tersebut, jangka hayatnya akan menjadi lebih pendek dan akibatnya kita terpaksa membeli kasut baru yang sudah pasti memerlukan kita mengeluarkan wang. Mungkin contoh yang lebih relevan ialah cara kita mengguna dan menjaga kereta kita sendiri. Jika kita menggunakan dengan cara yang kasar seperti memandu laju mungkin akan mengakibatkan kemalangan(minta dijauhkan) dan paling tidak, tayar kereta akan cepat habis termasuk komponen kereta yang lain seperti brek, kesan pada enjin dan sebagainya. Tahukah anda, panduan yang lebih laju untuk jarak yang sama sebenarnya menggunakan lebih bahan api?

5. Elak menggunakan kad kredit semasa berbelanja

Pada beberapa tahun yang sudah, saya selalu membeli menggunakan kad kredit untuk barang keperluan rumah. Akibatnya perbelanjaan saya selalu terlebih. Banyak barang yang tidak penting dibeli menyebabkan keadaan kewangan agak tidak stabil. Walaupun saya tidak pernah mengamalkan penggunaan kad kredit secara berlebihan dan selalunya saya akan bayar penuh setiap bulan, tetapi dengan menggunakan kad kredit, boleh menyebabkan kita tidak menghadkan tahap perbelanjaan kerana mentality kita telah ditanam kad kredit ada had limit maksima dan  kita masih tidak mencapai tahap itu.
Selepas itu saya membuat keputusan untuk berhenti menggunakan kad kredit untuk membeli barang, sebaliknya kami sekeluarga meletakkan sebahagian peruntukan tetap untuk barang keperluan setiap bulan. Isteri saya akan membuat catatan setiap kali ingin membeli barang, kami akan berjimat menggunakan duit yang telah diperuntukkan dan mengelakkan dari terlebih belanja. Ternyata ia memang berkesan, kami boleh menjimatkan  banyak perbelanjaan bulanan kami.
Ok saya rasa itu sahaja  5 tip kewangan yang mudah untuk diamalkan dan amat efektif dalam pengurusan kewangan kita. Sebarang komen dan pembaikan amat dialu-alukan.