Monday, July 15, 2013
Blackberry 9700 @ Blod 2 untuk di jual....
Selasa - Blackberry 9700 black untuk di jual murah, sesuai untuk di jadikan alat ganti, jual dengan harga RM200 sahaje, kalau minat boleh terus talifon ke number +6017 5782 482... skrin baru aouzing baru, cuma ic rosak dan lubang charger rosak...
Thursday, March 7, 2013
Op Daulat: 52 pengganas maut, operasi diteruskan

Najib Tun Razak ketika bertemu dengan pasukan keselamatan negara di Komtek Sahabat 16 Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) yang siap sedia berjuang dalam Operasi Daulat hari ini
Perisytiharan penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Sabah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dibuat berikutan kejadian pencerobohan kumpulan militan dari Sulu di Lahad Datu 12 Februari lepas dan sehingga kini insiden itu masih berlanjutan.
“Kerajaan akan melakukan apa sahaja untuk menjamin keselamatan, keamanan dan kedaulatan Sabah… soal Sabah dalam Malaysia tidak harus dipertikai oleh sesiapa,” kata Najib selepas melawat kawasan ‘ground zero’ di Felda Sahabat 16, Lahad Datu Sabah.
Kawasan Keselamatan Khas Sabah itu merangkumi Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu, dan kerajaan akan menempatkan lima batalion tambahan terdiri daripada pasukan tentera dan polis di kawasan itu.
Pada 1972, kerajaan pernah menubuhkan Rajang Area Security Command (Rascom) iaitu pasukan kawalan keselamatan di kawasan Rajang di Sarawak yang berjaya menghapus ancaman komunis di negeri itu.
Kawalan Rascom meliputi kawasan Sibu, Kanowit, Oya, Dalat, Bintagor, Sarikei, Julau, Song dan Kapit yang diisytiharkan sebagai Kawasan Keselamatan Istimewa oleh Datuk Abdul Razak Hussein selaku perdana menteri ketika itu.
Pencerobohan pengganas
Pada Selasa pasukan keselamatan melancarkan serangan udara menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk sebagai gerakan pertama ke arah menamatkan pencerobohan pengganas Sulu sejak 12 Februari dan pasukan keselamatan kini meneruskan operasi dengan tindakan susulan dan penggeledahan.
Selepas tiga hari gerakan ofensif dilancar, pasukan keselamatan negara masih mendapat tentangan daripada kumpulan pengganas militan itu dan hari ini berlaku dua kejadian berbalas tembak iaitu di Kampung Tanduo yang merupakan kawasan kumpulan itu bertapak dan di Tanjung Batu.
Seramai 32 musuh terbunuh dalam pertempuran hari ini iaitu 31 dalam kejadian pada 11 pagi di Tanjung Batu dan seorang dalam kejadian 6.45 pagi di Kampung Tanduo.
Tiada anggota keselamatan yang cedera dalam kedua-dua kejadian itu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.
51 pengganas terbunuh
Sejak isu pencerobohan sekumpulan lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata di Lahad Datu 12 Februari lepas, lapan anggota polis terkorban manakala 52 pengganas militan terbunuh.
Menegaskan pendirian Malaysia, perdana menteri berkata, operasi bagi memburu kumpulan penceroboh militan itu akan diteruskan dan Kuala Lumpur tidak akan menimbang sebarang permintaan gencatan senjata selagi kumpulan penceroboh militan tidak meletak senjata tanpa syarat.
Beliau berkata Malaysia menghormati prinsip kemanusiaan dan memberi cukup masa untuk berunding dengan kumpulan penceroboh militan sebelum melancarkan gerakan ofensif.
“Kita beri tempoh lebih tiga minggu (untuk rundingan) dan tangguh (serangan) empat kali, kita hanya bertindak bila mereka bunuh lapan anggota polis kita,” kata Najib yang melahirkan rasa puas hati dengan keberhasilan operasi bersama pasukan polis dan tentera itu.
Laporan media dari Filipina hari ini memetik Jamalul Kiram III meminta pihaknya meletak senjata di Lahad Datu selepas beberapa anggota kumpulannya terbunuh dalam gerakan ofensif pasukan keselamatan Malaysia pada Selasa.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon pula menyeru agar ‘keganasan’ di Sabah, dihentikan dan mencadangkan agar pihak terlibat mencari penyelesaian secara aman terhadap apa yang berlaku. – Bernama
Kesultanan Sulu sudah tiada, tuntutan Sabah terbatal

KOTA KINABALU – Penyertaan Sabah dalam gagasan atau pembentukan Malaysia pada 1963 menghapuskan sebarang tuntutan ke atas negeri ini yang dahulunya dikenali sebagai North Borneo, kata Prof Madya Dr Bilcher Bala dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Pensyarah Sekolah Sains Sosial (Program Sejarah) itu berkata berdasarkan perkara itu sebarang tuntutan hak ke atas negeri Sabah ketika ini adalah terbatal.
“Tarikh penubuhan Malaysia pada tahun 1963 menghapuskan sebarang tuntutan ke atas Sabah dan pada tahun 1888, Sabah di bawah naungan kolonial British dan pada tahun 1903 protokol telah menetapkan jajahan Amerika Syarikat di Filipina tanpa Sabah.
“Pada tahun 1946, Sabah diserah kepada British dan jelas pada tahun 1963 Sabah berada dalam Malaysia,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Justeru Dr Bilcher berkata, tindakan Jamarul Kiram III menyerang Sabah dengan alasan menuntut hak warisan Kesultanan Sulu adalah satu jenayah yang boleh disifatkan sebagai serangan pengganas.
Mengenai bayaran yang dibuat oleh kerajaan Malaysia terhadap waris Kesultanan Sulu, beliau berkata ia cuma pampasan atau saguhati perjanjian “sewa mati 1787″ yang tertulis pajakan kekal.
“Maka pampasan itu dibayar sampai mati (istilah dalam perjanjian ‘selagi ada bulan dan bintang’),” katanya
Mengupas kembali sejarah Sabah, Dr Bilcher berkata penduduk Sabah telah memilih Malaysia (pada tahun 1963) seperti yang terkandung dalam Laporan Cobbold.
“Cuma Sultan Sulu fikir orang Sabah adalah rakyatnya. Rakyat adalah pengakuan taat setia pengikut. Tapi orang Sabah tidak mengakui mereka ada sultan melainkan Gabenor (kini Yang Dipertua Negeri Sabah).
“Justeru itu, tuntutan yang mendakwa dirinya sebagai pewaris Kesultanan ulu, jika ada sultan pun, ke atas Sabah adalah terbatal melalui beberapa peringkat perjanjian sebelum ini.
“Hakikatnya, Sulu tidak ada sebuah kerajaan atau negara yang membolehkan “ada hak” untuk membuat tuntutan. Tuntutan ini cuma tuntutan individu semata-mata, yang tidak melibatkan orang ramai, tetapi individu itu telah
memperalatkan orang ramai untuk mencapai kepentingan dirinya sendiri,” katanya.
Oleh itu, Dr Bilcher berkata tindakan menyerang negara luar adalah jenayah dalaman negara Filipina dan jenayah antarabangsa di Malaysia.
“Melainkan jika individu itu memiliki kerakyatan Malaysia, maka ini adalah jenayah yang berat, setara ancaman Komunis dahulu atau pengganas,” katanya.
Di KUALA LUMPUR, semasa menjelaskan isu sama, bekas Menteri Luar Tan Sri Syed Hamid Albar berkata bayaran AS$5,000 (RM15,500) setahun oleh kerajaan Malaysia kepada waris Kesultanan Sulu sehingga hari ini bukanlah wang sewaan atau pajakan tetapi merupakan satu bentuk wang penghargaan yang dikenali sebagai “cession”.
Katanya beliau sendiri pernah melihat cek dengan jumlah tersebut dibayar kepada waris Kesultanan Sulu ketika menjadi Menteri Luar dari 1999 hingga 2008.
“Wang penghargaan atau cession berkenaan sama seperti duit penghargaan yang dibayar oleh kerajaan Pulau Pinang kepada Sultan Kedah apabila pulau itu diserahkan kepada British,” jelas beliau kepada Bernama.
Menegaskan Kesultanan Sulu yang ada hari ini bukan kerajaan yang diiktiraf, Syed Hamid berkata, waris keluarga itu tidak layak membawa tuntutan Sabah ke Mahkamah Keadilan Antarangsa (ICJ).
“Ini kerana ICJ hanya menguruskan kes-kes yang melibatkan kerajaan yang sah. Kesultanan Sulu bukan satu kerajaan,” katanya.
Syed Hamid berkata, kuasa pentadbiran dan politik yang ada pada Kesultanan Sulu dianggap berakhir apabila Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada tahun 1915 dengan penjajah Filipina ketika itu iaitu Amerika.
Syed Hamid berkata cubaan menuntut Sabah pernah dibuat oleh Filipina ketika Malaysia dan Indonesia membawa masalah tuntutan pulau Sipadan dan Ligitan ke ICJ
pada tahun 2001.
“Filipina cuba untuk turut serta dalam tuntutan itu. Bagaimanapun ICJ terus menolak campur tangan Filipina dalam tuntutan Sipadan dan Ligitan yang terletak dalam perairan Sabah dengan alasan tuntutan itu tidak ada asas. Ini
jelas menunjukkan, Filipina sama sekali tidak mempunyai hak ke atas negeri di bawah bayu itu,” katanya.
Syed Hamid menegaskan Sabah merupakan wilayah Malaysia yang berdaulat kerana Suruhanjaya Cobbold yang ditubuhkan sebelum pembentukan Malaysia melaporkan
bahawa rakyat Sabah dan Sarawak mahu merdeka di dalam Malaysia.
Sementara itu, pakar sejarah Prof Dr Ramlah Adam menyatakan keyakinannya bahawa pihak kerajaan mempunyai dokumen perjanjian wang penghargaan tersebut.
“Kerajaan Malaysia memang menyimpan dokumen itu sebab selepas kita (kerajaan) ambil alih dari British kita ambil alih juga segala perjanjian itu sebab soal ‘cession money’ itu sangat penting,” katanya.
Tambahnya, perjanjian itu menyatakan wang penghargaan akan diserahkan kepada waris bukannya kesultanan Sulu selagi ‘ada bulan dan bintang’.
“Perjanjiannya adalah selagi ada bulan dan bintang, bukan ada tarikh, itu cara orang dulu buat perjanjian, saya tidak tengok perjanjian itu tetapi saya
tahu ada perjanjian.
“Ia (wang penghargaan) diberi kepada waris bukan kesultanan. Kesultanan Sulu telah tiada. Itu yang diperkatakan dalam sejarah Sulu. Semasa kita membuat sejarah Malaysia kita tidak pernah menyentuh tentang kerajaan Sulu ia termasuk dalam sejarah Filipina.
“Kita (Malaysia) tidak termasuk, kita hanya anggap ia sebagai kaum Suluk sahaja,” katanya.
Friday, February 22, 2013
10 wanita GRO Melayu dihukum

BERTUDUNG… Sebahagian daripada 10 wanita yang didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur semalam kerana bekerja sebagai GRO.
Mereka didakwa mengingkari dan melanggar Fatwa Mufti Wilayah Persekutuan bertarikh 1 Januari 2004 dengan bekerja sebagai GRO di pusat karaoke D’Carnival Lounge, No. 333-335, Batu 2½, Jalan Ipoh di sini antara pukul 1.40 pagi dan pukul 3.15 pagi pada 24 Jun tahun lalu.
Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan memutuskan hukuman tersebut selepas menerima pengakuan salah kesemua tertuduh.
Beliau turut mengarahkan kesemua tertuduh supaya berkelakuan baik selama setahun dengan dipantau Unit Dakwah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan dikenakan bon jaminan sebanyak RM1,000. Sekiranya gagal berkelakuan baik jaminan tersebut akan ditarik balik.
Kesemua tertuduh ialah Erni Juita Ismail, 47, Siti Farahdilla Azua Kasim, 26, Rita Yakir, 29, Rabihah Ahmad, 37, Nor Azilah Isa, 38, Eparizan Abdullah, 30, Noriza Mohd. Nor, 35, Zaiton Zainal, 42, Rosnita Mawardi, 35, dan Nisah Yaman, 32.
Salah seorang tertuduh, Farahdilla mempunyai sehingga 40 keping kad tempahan daripada pelanggan untuk menari pada malam itu.
Friday, January 11, 2013
Dua tahanan lolos mati di tembak

KEADAAN kereta Proton Perdana dinaiki dua penjenayah yang terjunam ke dalam tali air di Kubang Semang, Bukit Mertajam semalam.
Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu, dua Orang Kena Tahan (OKT) yang terbunuh ialah Mohd. Fairuz Adam, 31, atau Joe Mafia dan Mohd. Noor Mustafa, 28, atau Boy.
Joe Mafia merupakan perancang kepada kejadian sembilan tahanan melarikan diri itu. Dia merupakan rakan penjenayah Boy.
Menurut beliau, sebelum kejadian, pasukan khas polis menerima maklumat berhubung kedudukan Joe Mafia dan Boy yang dilaporkan berada di sekitar Kampung Kubang Semang.
Sebaik dapat mengesan sebuah kereta Proton Perdana dinaiki kedua-dua penjenayah itu di Kampung Kubang Semang, polis terus mengekorinya sebelum kereta itu cuba menghimpit kenderaan polis.
Selepas itu, Proton Perdana tersebut memecut laju menghala ke Kampung Padang Temusu di Guar Perahu yang terletak kira-kira tiga kilometer dari Kampung Kubang Semang.
“Ketika kereta dinaiki suspek melalui jalan tar kecil di kampung berkenaan, kenderaan tersebut terbabas lalu terjunam ke dalam tali air.
“Kedua-dua penjenayah itu keluar dari kereta dan cuba melarikan diri dengan menyeberangi tali air,” kata beliau pada sidang akhbar di lokasi kejadian.
Sunday, January 6, 2013
Kursus fotografi
Kuasai pengetahuan teknikal dalam asas fotografi digital. Kemahiran ini akan membuka jalan kepada anda untuk menghasilkan gambar seperti yang anda kehendaki.
|
Adakah anda sudah puas membaca buku manual kamera anda dan buku fotografi tetapi masih belum faham sepenuhnya tentang cara mengawal kamera anda?
|
Adakah hasil foto yang anda rakam tidak seperti yang anda kehendaki?
|
Adakah anda ingin dibimbing oleh seorang guru dengan cara yang sistematik, cepat dan mudah tanpa membuang masa dengan trial and error?
|
Jika jawapan anda adalah 'ya' bagi situasi di atas, anda mesti hadir ke program ini!
|
MAKLUMAT TERPERINCI PROGRAM | |||||||||||
Program | Kursus Asas Fotografi Digital | ||||||||||
Kod program | AFD | ||||||||||
Jurulatih | Hasnuddin Abu Samah / Kaharuddin Samad (Bergantung kepada kelapangan masa jurulatih) KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT BIODATA JURULATIH | ||||||||||
Durasi | 2 hari | ||||||||||
Masa | 9.00 pagi - 6.00 petang | ||||||||||
Bahasa perantara | Bahasa Melayu | ||||||||||
Jumlah peserta | Eksklusif untuk 16 orang sahaja | ||||||||||
Objektif | Untuk membolehkan peserta mengawal fungsi kamera DSLR sepenuhnya bagi mendapatkan hasil foto seperti yang dikehendaki | ||||||||||
Siapa patut hadir |
| ||||||||||
Syarat penyertaan | Untuk peserta yang belum mempunyai asas teknikal fotografi sahaja. Sila jawab soalan di sini bagi mengetahui tahap kefahaman anda mengenai asas fotografi | ||||||||||
Persediaan sebelum hadir program |
| ||||||||||
Peralatan yang perlu dibawa |
|
Fotografi adalah satu medium yang boleh anda gunakan untuk menghasilkan karya kreatif yang mempunyai unsur seninya yang tersediri. Dengan memahami dengan sebenarnya fungsi sesebuah kamera, proses penghasilan gambar akan menjadi lebih mudah tanpa bergantung kepada nasib semata-mata.



Foto-foto di atas dirakam oleh Hasnuddin Abu Samah, jurulatih utama dan penulis sukatan pelajaran untuk Kursus Asas Fotografi Digital ini.
ANTARA SUBJEK DI DALAM PROGRAM INI: | |
1 | PENGENALAN FOTOGRAFI Sedikit sejarah ringkas fotografi dari zaman analog hingga ke era digital. Fahami perbezaan, kebaikan dan kelemahan teknologi yang berbeza. Ketahui rahsia amalan jurugambar era filem yang lebih memfokus kepada kemahiran dan seni, bukannya teknologi semata-mata. |
2 | KAWALAN ASAS KAMERA Mengenal bahagian-bahagian kamera serta fungsi asasnya. Cara pengendalian yang betul, penjagaan serta keselamatan. Juga mengenai asas tangkapan imej melalui CCD atau CMOS serta teknologi penyimpanan data seperti RAW, TIFF dan JPEG. Fahami secara umum format dan teknologi kamera seperti 35mm/full frame SLR serta APS size DSLR |
3 | APERTURETeori f/number, f/stop dan ciri-ciri aperture yang berlainan serta kesannya kepada depth-of-field. |
4 | SHUTTERTeori shutter speed, shutter stop, pergerakan vs shutter, teknik mengelakkan gambar goyang dan kaitan focal length dengan shutter speed. |
5 | ISO Penggunaan ISO, ciri-ciri ISO yang berbeza, panduan pelarasan ISO serta kaitan ISO dengan exposure. Fahami hubungan antara picture noise, exposure dan image contrast. |
6 | FOCAL LENGTH Teori mm dalam focal length, kefahaman angle of view, perspektif, depth serta ciri-ciri berbeza untuk setiap focal length. Teknik penggunaan lensa yang sesuai untuk setiap situasi yang tertentu. Teknik penggunaan lensa untuk composition yang terbaik. Teknologi dan kualiti lensa juga akan dibincangkan. |
7 | FOCUSING TECHNIQUES Memahami kawalan Manual dan Auto Focus serta caranya berfungsi. Fungsi kawalan Single dan Continuous AF. Pelajari teknik pantas pre-focus dan mengagak jarak serta kaitannya dengan depth-of-field. |
8 | DEPTH OF FIELDMedan fokus dan kaitannya dengan aperture, focal length dan focusing distance. Teknik mendapatkan shallow atau great depth-of-field. Juga membincangkan kegunaan depth-of-field dalam penghasilan gambar. |
9 | COLOUR TEMPERATURE Teori asas suhu warna yang disukat dalam unit Kelvin. Kenali pelbagai sumber cahaya dan kesannya pada warna. Ketahui berbagai jenis preset setting dan manual setting untuk mendapatkan white balance yang sempurna. |
10 | EXPOSURE METER Fahami sifat dan fungsi built-in exposure meter serta kaitannya terhadap highlight, shadow, incident dan reflected light. Teknik alternatif kepada exposure meter dengan cara menganalisis cahaya menggunakan deria mata, LCD preview dan histogram. |
11 | METERING PATTERN Fahami spot meter, centre weighted dan matrix/evaluative metering untuk mendapatkan exposure yang tepat setiap masa. |
12 | EXPOSURE MODE Fahami tentang manual exposure mode, aperture priority/aperture value, shutter priority/time value, program dan sebagainya. Fahami kaitan setiap exposure mode dengan metering pattern, exposure compensation, flash compensation serta auto exposure mode. Fahami exposure stop dari 1/3 stop, 1/2 stop hingga full stop. Kuasai kemahiran penggunaan manual exposure mode untuk hasil yang cepat dan tepat. |
13 | MENDAPATKAN PERFECT EXPOSURE Kesimpulan dari keseluruhan subjek merangkumi aperture, shutter, ISO, exposure meter, metering pattern dan exposure mode untuk mendapatkan kualiti exposure terbaik. Pelajari juga bagaimana mengenalpasti perfect exposure dan cara mudah untuk mendapatkannya. |
Dengan peserta berjumlah kecil dan konsep kursus yang semi formal, interaksi dan soal jawab yang aktif akan membolehkan lebih banyak subjek lain yang berkaitan yang akan disentuh dalam kursus ini. Jadi, subjek yang akan dibincangkan tidak hanya terhad kepada perkara yang disenaraikan seperti di atas semata-mata. |
PROGRAM LEPAS | ||||||||||||||||||||||||||||||
Antara foto peserta Kursus Asas Fotografi Digital yang telah diadakan: | ||||||||||||||||||||||||||||||
Antara testimoni dari peserta: | ||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||
SENARAI PENYERTAAN JABATAN KERAJAAN DAN SYARIKAT SWASTA | ||||||||||||||||||||||||||||||
Antara senarai Jabatan Kerajaan dan Syarikat Swasta yang telah menghantar peserta ke program FOTOTEACHER:
FOTOTEACHER.COM juga boleh mengadakan kursus khas di tempat anda. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut. |
NILAI UNTUK WANG ANDA | |
1 | Jurulatih terdiri dari jurufoto profesional yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun dalam bidang fotografi |
2 | Jumlah peserta yang kecil, membolehkan jurulatih memberikan tumpuan yang lebih kepada setiap peserta, mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menggalakkan serta interaksi yang lebih berkesan |
3 | Pembantu jurulatih disediakan sekiranya jumlah peserta melebihi 8 orang bagi menjamin proses pembelajaran yang lebih cekap dan cepat |
4 | Anda berpeluang bertanya soalan terus kepada pakar dalam bidang ini pada setiap bahagian pelajaran |
5 | Alat bantuan mengajar seperti projektor dan TV digunakan |
6 | Demo akan diadakan apabila perlu, untuk kefahaman yang lebih baik. Pelajaran secara 'hands-on' juga akan dilaksanakan di sepanjang kursus ini bagi menguatkan kefahaman peserta. |
7 | Nota kursus akan diberikan kepada setiap peserta |
8 | Ujian kefahaman akan diadakan pada akhir setiap bahagian bagi memastikan peserta faham apa yang telah disampaikan |
9 | Perbincangan terperinci kepada setiap soalan ujian bagi memastikan setiap peserta benar-benar memahami setiap subjek yang diajar |
10 | Sijil penyertaan akan diberikan kepada setiap peserta |
11 | Jamuan ringan setiap 2 jam. Makan tengahari juga disediakan |
12 | Jaminan pasti faham atau anda boleh hadir semula ke program yang sama secara PERCUMA! |
13 | Peserta akan mendapat harga diskaun istimewa untuk program lain yang akan diadakan. |
14 | Khidmat sokongan selepas kursus. Para peserta boleh menghubungi pihak FOTOTEACHER.COM melalui telefon atau e-mel sekiranya masih terdapat sebarang kemusykilan setelah menghadiri kursus |
15 | Lain-lain kemudahan asas disediakan seperti tempat letak kereta yang luas & percuma, WiFi percuma, ruang solat dan tandas. |
Kursus akan diadakan di Pusat Latihan FOTOTEACHER.COM
di Cheras, Kuala Lumpur

Ruang pembelajaran yang lengkap dan selesa

Ruang rehat dan makan
YURAN PENYERTAAN | |
HARGA PENYERTAAN DARI JABATAN KERAJAAN ATAU SYARIKAT SWASTA Buat bayaran penuh dalam tempoh 14 hari SELEPAS menghadiri kursus. P.O./L.O. diperlukan untuk tempahan tempat |
RM1,100.00
seorang |
HARGA BIASA INDIVIDU Anda boleh buat bayaran tempahan sebanyak 30% dari nilai yuran (tidak dikembalikan) dan baki bayaran penuh hendaklah dibuat 10 hari sebelum program bermula |
RM850.00
seorang |
BEKAS PESERTA PROGRAM FOTOTEACHER Sekiranya anda pernah menghadiri sekurang-kurangnya satu program FOTOTEACHER sebelum ini yang bernilai sekurang-kurangnya RM500. Tidak sah untuk pembayaran dengan cek melalui L.O. atau P.O. |
RM750.00
seorang |
PESERTA DARI LUAR KUALA LUMPUR Sekiranya anda datang dari kawasan dengan jarak sekurang-kurangnya 300 km dari pusat bandar Kuala Lumpur. Sila sertakan bukti seperti tiket kapal terbang, resit tol, tiket bas dan sebagainya | |
PELAJAR, ORANG KURANG UPAYA, IBU TUNGGAL & PESARA Sila sertakan bukti sah status anda bagi mendapat diskaun istimewa ini | |
PENYERTAAN BERKUMPULAN Sekiranya anda mendaftar dalam kumpulan seramai 2 orang atau lebih dalam satu kumpulan. Bayaran penuh untuk seluruh ahli kumpulan hendaklah dibuat dalam satu transaksi sebelum menghadiri program |
RM690.00
seorang |
|
MESEJ DARI FOTOTEACHER |
Kecanggihan teknologi digital dan kebijaksanaan kamera ketika ini dicipta sekadar untuk memudahkan kerja jurugambar. Tetapi, tanpa pengetahuan asas fotografi yang kukuh, seseorang jurugambar tidak akan dapat menghasilkan gambar seperti yang diinginkan. Walau secanggih mana sekalipun kamera anda, anda sepatutnya boleh mengawal kamera anda, bukan kamera yang mengawal anda! Dengan pengalaman kami sebagai jurugambar profesional, kami akan mengajar subjek-subjek asas fotografi yang benar-benar penting dan praktikal dalam situasi fotografi terkini. Dengan modul yang ringkas dan padat, anda dapat menjimatkan masa dan wang anda. Sekiranya anda mampu membelanjakan ribuan ringgit untuk membeli kamera digital anda, anda patut membelanjakan beberapa ratus ringgit sahaja lagi untuk mendapatkan ilmu asas fotografi yang dapat anda gunakan di sepanjang hidup anda. Hadiri kursus ini, jangan biarkan kebuntuan teknikal menjadi penghalang untuk anda merealisasikan imaginasi anda! Jumpa anda nanti! Hasnuddin Abu Samah, FOTOTEACHER.COM |
7 kenderaan kena banjir lumpur

KEADAAN banjir lumpur berpunca daripada lereng bukit runtuh yang melimpah ke jalan berhampiran persimpangan lampu isyarat Persiaran Putra Bahagia dan Persiaran Putra Perdana di Putra Heights, Subang Jaya semalam.
Bagaimanapun, dalam kejadian pada pukul 6 petang itu, pemandu lima buah kereta, pemandu sebuah van dan penunggang sebuah motosikal tidak cedera.
Jarak antara kawasan lopak dengan jalan yang dilanda banjir lumpur kira-kira 20 meter.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, tanah lumpur dari lopak itu mengalir menimpa tujuh buah kenderaan tersebut selepas sebahagian dari lereng Bukit Cermin yang tiba-tiba runtuh.
“Runtuhan tanah pada lereng bukit itu menimpa lopak di kaki bukit mengakibatkan lumpur dari lopak itu melimpah ke atas jalan.
“Kawasan tanah lereng bukit yang runtuh itu berlaku di kawasan tapak pembinaan rumah di atas bukit tersebut,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo!
Berikutan kejadian itu, Yahaya berkata, kerja-kerja pembersihan lumpur sedang dilakukan oleh pihak kontraktor projek pembinaan tersebut dengan dibantu pasukan bomba dan penyelamat.
“Sehingga pukul 10 malam tadi jalan tersebut masih ditutup dan dikawal oleh Unit Peronda Polis dan polis trafik,” kata beliau.
Bagaimanapun, menurut beliau, tiada kawasan perumahan penduduk terjejas ekoran kejadian tersebut.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tanah runtuh itu pada pukul 6.12 petang.
“Kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan oleh tujuh anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang.
“Laluan tersebut dijangka dibuka semula pada awal pagi esok (hari ini),” kata beliau.
Kosmo
Bintang Bola Sepak Arsenal yang menghafal 19 juz al-quran

LONDON – Pentas bola sepak Liga Perdana Inggeris banyak dihuni pemain-pemain beragama Islam yang datang dari luar negeri.
Bintang bolasepak Liga Premier Muslim yang menonjol kebanyakan berasal dari Perancis.
Diantara bintang bolasepak Muslim yang dikenali adalah pemain tengah Arsenal, Abou Diaby. Pemain 25 tahun berkewarganegaraan Perancis ini telah menghafal Al-Quran hingga 19 juz.
Dalam akaun twitter, salah satu pengajar Ebrahim Collage di London, Mufti Muhammad, @ Mufti_Muhammad_ mendedahkan seorang bintang bolasepak yang datang ke Emirates Stadium Arsenal pada tahun 2006 itu hafal 19 juz Al-Quran.
Pengurusan kewangan- 5 Tips kewangan yang mudah untuk di amalkan
Kali ini saya ingin memberi 5 tip kewangan yang mudah untuk diamalkan sebagai panduan dalam pengurusan kewangan. Tujuan saya membuat artikel ini adalah untuk berpesan pada diri saya sendiri khususnya dan kepada rakan-rakan sekalian umumnya akan kepentingan pengurusan kewangan secara berhemah.
Walaupun saya sekarang masih tidak berapa pandai untuk menguruskan kewangan saya secara efektif, tapi tip atau pandangan saya dalam artikel ini adalah apa yang saya pelajari dari mereka yang telah berjaya dalam membebaskan diri mereka dari perangkap tikus kewangan. Saya dengan secara lansungnya cuba untuk mempraktikkan tip yang telah disarankan. Berikut merupakan 5 tip yang boleh diamalkan:
Selain daripada itu, amalkan membawa bekal makanan ke pejabat kerana ia boleh menjimatkan banyak perbelanjaan makan kita sebulan. Saya pernah melakukan ini semasa saya bekerja dan terbukti saya boleh rasakan lebihan kewangan yang saya ada sehingga hujung bulan. Kalau sehari RM5 makan, 20 hari bekerja sebulan, bermakna dalam RM100 dapat dijimatkan.
Ada lagi satu tip yang saya sedang praktikkan sekarang iaitu tidak makan apabila tiba waktu makan tengah hari. Biasanya saya hanya makan sarapan di rumah, kemudian balik petang saya akan terus makan malam awal seawal sebelum maghrib dan selewat lepas maghrib. Sebenarnya tip ini saya lakukan bukan semata-mata untuk berjimat belanja, tapi sebenarnya saya sedang berusaha menurunkan berat badan. Ternyata usaha saya berhasil dengan baik. Alhamdulillah.
Dikuatkan lagi saranan dari Mekanik Wang Abang Abu, memang betul apa yang diperkatakan. Kita ambil contoh satu senario di mana kasut sekiranya digosok dan polish setiap kali lepas pakai, ia akan bertahan lebih lama dan tak mudah rosak, tapi sekiranya kita tidak pernah ambil kisah untuk polish kasut tersebut, jangka hayatnya akan menjadi lebih pendek dan akibatnya kita terpaksa membeli kasut baru yang sudah pasti memerlukan kita mengeluarkan wang. Mungkin contoh yang lebih relevan ialah cara kita mengguna dan menjaga kereta kita sendiri. Jika kita menggunakan dengan cara yang kasar seperti memandu laju mungkin akan mengakibatkan kemalangan(minta dijauhkan) dan paling tidak, tayar kereta akan cepat habis termasuk komponen kereta yang lain seperti brek, kesan pada enjin dan sebagainya. Tahukah anda, panduan yang lebih laju untuk jarak yang sama sebenarnya menggunakan lebih bahan api?
Selepas itu saya membuat keputusan untuk berhenti menggunakan kad kredit untuk membeli barang, sebaliknya kami sekeluarga meletakkan sebahagian peruntukan tetap untuk barang keperluan setiap bulan. Isteri saya akan membuat catatan setiap kali ingin membeli barang, kami akan berjimat menggunakan duit yang telah diperuntukkan dan mengelakkan dari terlebih belanja. Ternyata ia memang berkesan, kami boleh menjimatkan banyak perbelanjaan bulanan kami.
Ok saya rasa itu sahaja 5 tip kewangan yang mudah untuk diamalkan dan amat efektif dalam pengurusan kewangan kita. Sebarang komen dan pembaikan amat dialu-alukan.

1. Kurangkan makan di luar
Tip ini sememangnya terbukti berkesan kerana kos belanja makan di luar terutama di kawasan Kuala Lumpur adalah amat tinggi sehingga 3x kos menyediakan makan sendiri di rumah. Ada beberapa pilihan yang boleh dibuat sebagai contoh sebelum keluar rumah, makan siap2 supaya kita tidak perlu makan di luar.Selain daripada itu, amalkan membawa bekal makanan ke pejabat kerana ia boleh menjimatkan banyak perbelanjaan makan kita sebulan. Saya pernah melakukan ini semasa saya bekerja dan terbukti saya boleh rasakan lebihan kewangan yang saya ada sehingga hujung bulan. Kalau sehari RM5 makan, 20 hari bekerja sebulan, bermakna dalam RM100 dapat dijimatkan.
Ada lagi satu tip yang saya sedang praktikkan sekarang iaitu tidak makan apabila tiba waktu makan tengah hari. Biasanya saya hanya makan sarapan di rumah, kemudian balik petang saya akan terus makan malam awal seawal sebelum maghrib dan selewat lepas maghrib. Sebenarnya tip ini saya lakukan bukan semata-mata untuk berjimat belanja, tapi sebenarnya saya sedang berusaha menurunkan berat badan. Ternyata usaha saya berhasil dengan baik. Alhamdulillah.
2. Membuat catatan dan merancang pembelian
Tip ini adalah saranan dari Mekanik Wang Abang Abu. Saya pernah mengamalkan tip ini semasa saya berada di sekolah menengah rendah dahulu walaupun sudah agak lama, tapi masih segar di ingatan saya apabila setiap hari saya mencatat perbelanjaan harian saya, berapa duit masuk, berapa duit keluar. Dengan tidak semena-mena, kaedah ini telah mengawal perbelanjaan harian saya. Sebenarnya konsep ini lebih kepada muhasabah diri. Hari ini kita belanja, malamnya kita buat rumusan dan perhitungan, kita akan berazam dan cuba perbaiki sikap berbelanja kita secara tidak lansung ia menjadi tabiat kita yang baik dalam berbelanja.3. Perbelanjaan = pendapatan - simpanan
Tip ini disaran oleh ajen pelaburan saya mengenai pengurusan kewangan. Mungkin ramai yang tidak sedar sebenarnya kebanyakan kita menggunakan kaedah yang salah dalam pengurusan kewangan iaitu simpanan = pendapatan - perbelanjaan. Cara ini menyebabkan kita meletakkan simpanan itu berada di keutamaan yang paling belakang. Seharusnya kita perlu mengubah cara kita berfikir dalam mengurus kewangan kita supaya kita tidak dibelenggu dan dijerut dengan masalah kewangan yang tidak berkesudahan. Oleh itu perkara yang pertama kita perlu buat apabila kita memperoleh pendapatan, tetapkan satu jumlah dari pendapatan tersebut sebagai simpanan. Seranan yang popular ialah 10% manakala orang Jepun mengamalkan menyimpan 20% dari pendapatan. Pastikan kita menyimpan di dalam institusi kewangan yang menyebabkan kita susah untuk mengeluarkan duit sebagai contoh Tabung Haji. Walaupun sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada banyak tapi kadang-kadang.4. Menjaga harta dengan baik
Saya mendapat tip ini semasa saya habis sekolah tingkatan 5 pada waktu itu saya bekerja menolong atuk saudara dalam industri perikanan air tawar. Datuk saudara saya ini orang yang berada. Saya masih ingat ayat yang masih terngiang-ngiang di telinga saya pada waktu itu bilamana saya tidak menjaga semua barang-barang dengan baik dan ambil sikap mudah dalam menggunakan setiap mesin rumput, mesin pemotong kayu dengan cara yang kasar tanpa memikirkan akibat ia kemungkinan akan rosak. Satu ayat yang masuk dalam kepala otak saya hingga sekarang di mana datuk saudara saya memarahi saya "orang tak pandai jaga harta akan papa (miskin)". Mulanya saya tak ambil kisah tapi lama kelamaan ayat itu semakin relevan.Dikuatkan lagi saranan dari Mekanik Wang Abang Abu, memang betul apa yang diperkatakan. Kita ambil contoh satu senario di mana kasut sekiranya digosok dan polish setiap kali lepas pakai, ia akan bertahan lebih lama dan tak mudah rosak, tapi sekiranya kita tidak pernah ambil kisah untuk polish kasut tersebut, jangka hayatnya akan menjadi lebih pendek dan akibatnya kita terpaksa membeli kasut baru yang sudah pasti memerlukan kita mengeluarkan wang. Mungkin contoh yang lebih relevan ialah cara kita mengguna dan menjaga kereta kita sendiri. Jika kita menggunakan dengan cara yang kasar seperti memandu laju mungkin akan mengakibatkan kemalangan(minta dijauhkan) dan paling tidak, tayar kereta akan cepat habis termasuk komponen kereta yang lain seperti brek, kesan pada enjin dan sebagainya. Tahukah anda, panduan yang lebih laju untuk jarak yang sama sebenarnya menggunakan lebih bahan api?
5. Elak menggunakan kad kredit semasa berbelanja
Pada beberapa tahun yang sudah, saya selalu membeli menggunakan kad kredit untuk barang keperluan rumah. Akibatnya perbelanjaan saya selalu terlebih. Banyak barang yang tidak penting dibeli menyebabkan keadaan kewangan agak tidak stabil. Walaupun saya tidak pernah mengamalkan penggunaan kad kredit secara berlebihan dan selalunya saya akan bayar penuh setiap bulan, tetapi dengan menggunakan kad kredit, boleh menyebabkan kita tidak menghadkan tahap perbelanjaan kerana mentality kita telah ditanam kad kredit ada had limit maksima dan kita masih tidak mencapai tahap itu.Selepas itu saya membuat keputusan untuk berhenti menggunakan kad kredit untuk membeli barang, sebaliknya kami sekeluarga meletakkan sebahagian peruntukan tetap untuk barang keperluan setiap bulan. Isteri saya akan membuat catatan setiap kali ingin membeli barang, kami akan berjimat menggunakan duit yang telah diperuntukkan dan mengelakkan dari terlebih belanja. Ternyata ia memang berkesan, kami boleh menjimatkan banyak perbelanjaan bulanan kami.
Ok saya rasa itu sahaja 5 tip kewangan yang mudah untuk diamalkan dan amat efektif dalam pengurusan kewangan kita. Sebarang komen dan pembaikan amat dialu-alukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)